Memaparkan catatan dengan label FOOD LOVER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOOD LOVER. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2016

Lombok, Indonesia Part 2

Lombok, Indonesia Part 2.

Hai uolls. Lama menyepi sebab nak amik mood nak tulis melalut apa untuk part 2 ni. hahaha...

Okay perjalanan hari kedua diteruskan dengan pagi-pagi lagi dah bangun. Niat di hati macam nak terjun dekat kolam tu tapi apakan daya pagi ni nak terus pergi ke jeti ke Gili Trawanga, Gili Meno & Gili Air.

Bangun pagi siap-siap lepas tu pergi sarapan. Dalam jam 8.30 pagi supir datang amik bawak ke jeti. Tapi sebelum ke jeti sempat la menyinggah dekat Bukit Malimbu, lepas tu rumah hantu katanya. Kitaorang siap terus dengan baju bak pergi snorkeling. Maklumla tak sabar katanya. Hahaha.

Bukit Malimbu

Fee: Bayar tapi tak nampak supir bagi berapa dekat orang jaga situ.
Interesting: Pemandangan nampak laut biru. Nampak kan tak sabar dia.




Ghost House

Fee: FOC
Interesting: Design rumah dia lawa.

Actually bukan la rumah hantu sangat pun. Sebenarnya rumah ni orang luar dia nak buat dekat tepi laut ni. Piling semua dah siap tinggal nak touch-up sikit jadi rumah banglo yang tersergam indah tiba-tiba kerajaan tak bagi. So lastly kene stop tergendala la. Jadi tempat lepak, spray dinding tu biasa.




Jeti

Dekat jeti ni diaorang dah siap tunggu dah, maklumla kitaorang dah charter satu boat untuk dua orang apa lagi... mari kita ber hahahaha...

Kitaorang pilih snorkeling berbanding check in sebab check-in lambat dalam pukul 2. Jadi daripada tercongok dekat situ baiklah pergi snorkeling.

Disebabkan masa cuti tak panjang and semalaman je dekat Gili T, tak sempat nak usha pakej snorkeling dekat Gili T, dengar kata murah. Dia banyak pilihan jugak sama ada private atau tak kesah nak mingle dalam satu boat tu penuh mat saleh. Hahaha... biasa pakej tu diorang siap makan.



Destinasi snorkeling:
Gili Meno, Gili Air dan Gili Trawangan last sekali.

Air dia memang jernih + biru weh. Kau memang tergoda macam nampak laki hensem la perumpamaan aku. Aku tak tipu tau. Hahahaha.

Gili meno air dia tenang, tapi jadi tak tenang bila sekumpulan mat saleh datang ramai gile. Kitaorang pun tak kisah la sebab kata nak mingle around kan... Diaorang macam nak cepat. Carik pe ntah penyu kot. Kitaorang? rileks la masa panjang kot berenang la dengan senang lenang. Masa tengah snorkeling tu aku angkat kepala la sekejap tengok manusia yang ramai ni berenang ke sana ke sini. Lepas tu lagi sekali aku angkat kepala hilang dah manusia yang ramai tu. Siap dengan boat-boat sekali dah takde. Aku tak tau la nak cakap kitaorang yang slow ke atau memang terlampau slow. Hahahaha.




Gili air pun sama berenang-berenang tengok coral yang lawa. Ikan tiba-tiba time ni sorok ntah kemana pulak.




Dekat Gili Trawangan ni kitaorang akan ingat sampai bila-bila. Nak tau sebab apa?

1. Kitaorang punya la ikot guide ktorang ni kata dia ada penyu. Ak eksaited la jugak, tapi kau tau la penyu kan sekali dia kepak kaki dia bape jauh dia tinggalkan kita? Tapi guide tak putus asa ajak lagi kitaorang dia kata kat depan. Aku dah la penat mendayung ni.

2. Nak jadi cerita dia bawak la kitaorang sampai dekat area banyak kapal parking boat tu. Kawasan tu macam tempat selisih Gili T dengan Gili Air. Kebelakang  la kitaorang dibawak arus. Jangan tatau guide tu dah sampai boat. Habis kitaorang?

3. Dia undur sikit boat campak tali kat aku. Aku kene pegang tali tu lepas tu dia bawak slow nak kuarkan dari arus tu. Boleh sangat weh... air lau dengan air dari enjin dia tu aku dah tercungap2. Ahhh sudah takkan nak jadi tragedi macam dekat Bali, Pulau Tioman bagai tu. Sia-sia weh. Hahahaha. Akupun apa lagi tarik la tali tu sikit-sikit macam acara tarik tali pun ade jugak. Mesti la at the end kitaorang menang sebab sampai dekat boat tu. Tapi nafas tinggal separuh la weh. Naik boat aku dengan Miss R gelak macam nak mati dah sebab pikir balik macam tak penah dibuat orang.  Boat tarik kau pakai tali. Ade akal? Nasib la dekat tepi pantai tu takde abam sado tengah lepak. Kalau tak malu weh... Hahahaha.




Nasib la aku tak pegang kamere. Kang mana nak pegang kamere, aku lagi, dah lupakan je. Hahaha...

Lepas penat lawan dengan ombak, kitaorang pun surrender la. Walaupun charter satu buat sebenarnya boleh sampai lewat petang bila tak larat dengan kehausan aku cakap. 'Takpe la pak kami mau pulang' hahahaha.

Time to check in dekat Les Villa Ottalia

Villa yang dah lama kitaorang sabar nak sampai. Hahahaha... sebab ada private pool sendiri. Sebab plan tiga orang. Tapi member lagi satu tak dapat pergi redha la. Ingt nak mintak tukar bilik utk dua orang tapi full. Takde rezeki. So enjoy la pemandangan villa ni. Hehehe...

Honeymoon nak datang sini lagi.





Nak kuar makan pun tak larat order room service. Bantai la...

Dalam pukul 5 ptg kitaorang siap2 nak pergi tengok sunset. Katanya kalau tak tengok sunset tak sah datang Gili T ni.

Villa ni masa book kitaorang mintak basikal sekali. Jadi jom FIT hahaha.. kayuh la selagi mampu. Lupa nak bagi tau dekat Gili ni hanya basikal dan kuda (lupa nama timangan dia) je dibenarkan.

Pergi receptionist mintak peta gili. Mintak tunjuk jalan pergi tengok sunset dengan makan dekat market. Hehehe



Puas merenung sunset moh la kita pergi makan. Perut bagi isyarat mintak isi.

Ni la rupa market dia.

Satu set kalau tak silap 12,000Rp sekali nasi dengan sayur dengan pilihan ayam, sotong, ikan bakar korang yang dia dah marinate.

Lagi satu ni nak pesan, dekat sini pun takyah acah-acah nak extra sambal sebab nak pedas. Kalau dah rasa baru ada akal pedas dia tahap dewa. Baru rasa dekat lidah air mata kau dah meleleh.

Apa lagi jus tembikai la jadi mangsa. Hahahaha. Nasib sedap manis gitu. boleh la melegekan bibir aku ni. Hahaha... Nasib la perut time ni kuat kalau tak tercirit weh. Dah la dekat lombok pun kene jugak semalam. Hahaha...






Dah kenyang suka hati, jalan-jalan lagi sampai la dekat villa. Mandi kolam . Tidur.

Esok nak sambung jalan, nak check out.

Selamat tinggal villa. Sampai kita ketemu lagi!

xoxo

Rabu, 20 Mei 2015

Boracay Island, Philipines

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Harini guwa sorang-sorang kat ofis, gelap pulak tu. Amik feel sikit nak buat karangan ni. Hehehe...

First destination kitaorang pilih untuk 2014 ini ialah BORACAY ISLAND, PHILIPINES!!! Yeay!!! Finally sampai jugak, even dah bermacam-macam dugaan.

Macam biasa beli tiket time sale. Masa ni mana ada direct flight ke Kalibo. Kene plan sendiri route nak sampai ke Boracay. Mana main nak suap je, kena la usaha sendiri. Mula-mula amik flight dr KL-Clark-Kalibo. Lepas tu dan dan plak Air Asia tutup route ke Clark. Menggagau gak la lepas tu. So amik option la dr KL-Manila-Kalibo-Manila-KL. Jadi pelanggan setia Air Asia kaunter dekat Metro Kajang tu sebulan tu smpai 5-6 kali la ulang alik. Nampak tak?? Lepas tu dan dan balik dari Boracay tu AA bukak route baru direct dr KL-Kalibo. Kau rasa??

Takpe la kitaorang redha je la. Sebab best trip punya pasal kan and ada la pengalaman transit ni kan.

Then tiba la hari yang dinantikan. Flight dr KL-Manila. Flight amik malam sebab konon-konon senang tido je dalam flight plus jimat sehari duit. Sampai Manila, tunggu flight domestic ke Kalibo. sebelum tu sempat la guwa pergi urut. Nak reda kan urat kat badan ni.


Masa ni tengah tunggu penerbangan domestik ke kalibo. 
Selepas melalui perjalanan selama satu jam lebih dari airport Kalibo ke Jetty nak feri sampai la kita ke boracay. Pakcik yang bawak kereta ni boleh tahan gak la dia drift sambil lalu jalan berpusing-pusing simpang siur bagai. Nasib guwe jenis tahan pening, kalau tak memang time tu jugak guwe muntah. hahahah...

Excited tau sampai selfie lagi dalam bende alah ni.



Masa ni tunggu nak cek in hotel. Kemain diorang sempat wefie. Boracay ni actually dia ada tiga station. Kitorang station ke dua kalau tak silap. Maklum la trip ni dah setahun lebih baru nak update. Kau mampu?? Kahkahkah...

Lepas cek in semua, apa lagi berjimba la... pusing pantai ni


Welcome to Boracay Island!!!


Dah penat-penat jalan apa lagi seafood hunting la... hahaha
Our first dinner in Boracay...






Lepas tu...

Awal pagi dah siap dah sebab eksaited punye pasal nak main watersport. Semalam petang ada orang approach untuk main watersport. Deal harga baik punye.. Hahahaha... Dlm RM200 kitaorang dapat game zorb, fly fish, parasailing, helmet diving, and pergi ariel's point. Puas hati giler.

Sebab nama dia Fly Fish dia ikan terbang.. hahahaha
Fly Fish


Parasailing. Thorrbaekk!!
Helmet Diving. Memang berat pon. serius... Nasib masuk dalam air so tak rasa sangat.
Ariel's Point ni tempat terjun, pakej dia include makan, which kitaorang hanya jadi vegetarian saja, dgn ada ikan bakar. Dia takde pork. Tapi langkah selamat vege and ikan.

Terjunan dia ada tiga fasa, 5, 8, 15 meter. kalau rasa 5 meter tak cukup mainstream cubalah 15 meter. lepas tu jangan mengadu. hahaha... kitaorang setiap fasa terjunan ada cerita masing-masing... hahaha


Ariel's Point. 

Yang ni terjunan 5m dari aras laut. Sakit gile,

Dah petang balik dari Ariel's Point naik bot balik ke darat. Mula la episod yang ngeri tak berapa nak ngeri la. Boleh pulak budak-budak yang lain (pelancong asing dan warga tempatan) bersorak kegirangan sambil nak abeskan stok arak dorang dalam bot. Kitaorang ni duduk la dekat cerok belakang bot. Dengan ombak kuat, bot terumbang ambing. Guwe ni berdoa banyak-banyak supaya selamat sampai. Gila kau kang mati sia-sia je. Dengan yang mabuk tu sampai tersungkur la dekat dalam bot. Kitaorang ni nak gelak tahan kan je dari tadi. Sebab tu la kita yang Islam di diharamkan minum minuman yang memabukkan. Sebab hasilnya memalukan.

Sunset dekat White Beach, Boracay
Sunrise dekat beach apa aku tak ingat.... hahaha
Air wajib bila datang boracay ni... Johnny's nama dia.



Ni adalah dinner last day kami. Orang kata apa?? Haaa... makan besar gitu. tapi duit dah menipis dah... hahahha

Bismillah....




Last day nak balik tu mereka ni menyempat lagi nak amik gambar dekat willy rock ni. Guwe buat taik mata kat bilik. Hahaha... layankan mata nie... hahhaha



Balik dari Boracay jalani kehidupan macam biasa. Takyah nak berangan... hahaha

Total expenses well ikot bajet korang sendiri. Kalau jenis nak tengok pemandangan je and duduk hostel je taknak try watersport, murah je.

we'olls punya rahsia (sebenarnya tak ingat sebab ini tahun lepas punya) ... hahaha

Daaa....

Khamis, 26 Jun 2014

The Best of Krabi (Day 3 + What We Eat)

Assalamualaikum...
Hai semua!! sihat?? *tiup tiup blog yang dah bersawang*. Ha... nampak tak aku dah lama gila tak update aku punya blog lebih setahun dah. Hahaha... bukan apa.. sebenarnya sibuk berjalan sakan sampai aku dah lupakan alam maya ni. *over*

Korang rasa lepas setahun, ingat ke nak up balik entry pasal Krabi tu?? kahkahkah!! aku rasa akulah orang paling malas nak up, tapi aku gagahkan jugak jari ni nak menaip. Nasib baik dulu masa belajar aku amik typing so boleh aca-acah menaip laju tahap maksimum takyah tengok keyboard. hado?? hahaha

Pasal Krabi hari ke tiga kitaorang tak buat banyak aktiviti.. tapi worth it la apa yang kitaorang plan nak buat *even miss a few places.. huuhuu* Kitaorang amik pakej Phi Phi Island dengan Maya Bay kalau tak silap *maklumlah dah setahun lebih*

Belanja gamba sikit






Cukuplah takat nie sebabnya nak komen banyak-banyak pun aku dah tak ingat. Kang salah fakta pulak kena bash dengan membe aku. hahahaha

What We Eat

Apa yang kitaorang makan ni merangkumi dari 1st day sampai la last day. Review terus. SIMPLE a.k.a MALAS... hahaha

Belanja lagi








Restoran Chaba Thai tak silap aku yang orang kata femes tu... mahal nawww!!! kalau yang ala-ala bajet macam kitaorang tengok menu pun dah menganga dah... pasrah je.. hahahaha









Nak balik dah....

Hari terakhir, last day punya la bangun kemain awal semata taknak tertinggal flight...  hahaha *orang kata aku nampak kecik dalam gambar nie. ahhh... ilusi optik semata jangan percaya* hahahaha



**** aDIos****
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...