Rabu, 15 Ogos 2012

5 Perkara Yang Perlu Korang Lakukan Kalau Korang Kantoi Dengan Perempuan Lain.

Haritu entry aku macam memihak dekat perempuankan, hari ini entry aku nak ajar lelaki ni macam mana lelaki ni backup diorang balik kalau diorang terkantoi. Tapi amaran ye... entry ni tak elok dipraktikkan dan tidak la sure keberkesanannya. Eh? hahahaha. Actually berani buat berani tanggung la kan. (kondem lagi). Kalau tak berani jangan buat ye.

Situasi dia bermula bila korang keluar dengan kekasih gelap korang dekat mall ke atau di mana-mana sahaja. Lepas tu korang cakap dekat awek korang yang korang ada hal lain masa awek korang ajak date, padahal korang keluar dengan kekasih gelap korang. Nak dijadikan cerita, korang terkantoi!!! Macam mana??? Apa yang korang nak buat?? Idea masa tu dah tak ada dah. How?? Well try follow these simple advise. Tapi macam yang aku kata keberkesanannya aku belum uji lagi. Eh? WTFish... hehehehe

5 Perkara Yang Perlu Korang Lakukan Kalau Korang Kantoi Dengan Perempuan Lain.

1. Bila awek korang sampai dekat korang. Dia mesti akan tanya soalan yang bertubi-tubi punya la. Itu memang aku gerenti.
i. cth soalan: Siapa perempuan dekat sebelah U tu?
   cth jawapan: Perempuan?? yang ni? U pon perasan ke? I pon dah pening dah dari tadi dia asyik ikut I je.    Mana I pergi dia mesti ada. I rasa dia stalker I kot. Maklumla boyfriend U nie kan jejaka hangat di pasaran.*okay nak muntah jap*

ii. cth jawapan: Perempuan? U nampak ni perempuan ke?? I nampak lelaki je *buat muke selambe*

2. Bila korang tengah berjalan bermesra dengan kekasih gelap korang tu. Tiba-tiba korang terasa ada semacam aura yang korang kenal tau. Korang rasa macam ada orang yang stalk korang dengan kekasih korang tu. Bila korang usha usha rupa-rupanya awek korang. Mesti korang rasa macam tak secure nak dating dekat situ. Korang rasa keselamatan dan maruah korang akan terancam (gila menggelabah). Apa lagi, korang cakap dengna kekasih gelap korang nie yang korang nak pergi toilet. Korang stay lama lama dekat toilet tu. Korang telefon la awek korang. dekat mana dia. Korang cakapla korang ada dekat rumah tengah buat kerja tolong parents gitu * nampak sangat ke tipu dia?* . Pastu Korang mesej la kekasih gelap korang tu yang korang ada hal kena balik dan date tu cancel. Selamat la korang hari tu. *purff... What a tired day*

3. Yang ni lagi satu, bila korang dekat wayang dari jauh nampak macam awek korang je. Bila dia datang dekat je, kroang terus approach dia, cakap dan cakap jangan bagi dia mencelah satu pon.
    Honey U buat apa dekat sini? tahu tahu je kan I pergi sini. U know what I dah beli tiket wayang yang U nak tgk sangat haritu kan. Surprise surprise!!... Bila dalam wayang tu kan gelap so korang duduk tengah-tengah. awek korang sebelah kanan kekasih korang sebelah kiri... Ada berani buat macam tu??

4. Kalau awek korang datang, then dia kata U tak payah nak kelentong I ok. I dah nampak dah semuanya, bukan main kan U siap bertepuk tampar dengan dia la. Now explain to me!!
Korang cakap la. Apa lagi yang saya nak explain, apa yang awak nampak tu betul. Tapi satu je yang awak tak nampak. Saya memang tak pernah sayang kan dia. Saya sayang awak seorang je.
Masa nie korang tengok la awek korang cair ke tak? hehehehe

Saya Sayang Awak Seorang

5. Last sekali nie kalau korang buat memang aku salute la. Well anda memang sangat berani. Bila awek korang tengah bergaduh dengan kekasih gelap korang. Orang keliling dah pandang-pandang dah. Korang memang dah segan la. Siap dengan adegan tarik rambut bagai. Korang jerit la dekat awek dan kekasih gelap korang.
Fine!! Gaduh lagi!! Dua-dua aku tak nak. Dua-dua aku tak suke. Baik aku cari lain lagi bagus.
Eh? ada berani ke bro??

Dia Aku Punye!!

Well, sebenarnya kalau korang buat semua nie, sebenarnya korang bukan lah orang yang diciptakan untuk awek korang tu. Tapi yang no.4 tu mungkin, kalau korang betul betul maksudkannya. Tapi kalau setakat penyedap mulut je baik tak payah. (Mulut jangan serupa tahi ok!!) .(Kene Kondem Lagi) Benda nie tepuk dada tanya lah hati korang sendiri apa dan siapa sebenarnya yang korang nak. Tapi ada orang kata Kalau Kita Jatuh Hati Pada 2 orang Perempuan, Pilih la yang Kedua, Sebab kalau Kita Sayang yang pertama, kita takkan Jatuh hati Pada orang yang Kedua.

Untuk kekasih gelap tu, kalau korang dapat jenis orang macam nie. Baik korang blah awal-awal. Semua jenis sweet talker tak boleh pakai punya orang. Nanti korang yang merana. Satu apa pun tak dapat. Dan makesure bila anda-anda nie nak blah sila lah hadiahkan penampar sulung anda dekat jejantans sebegitu okay.

Tapi korang semua mesti la bijak kan atur strategi bagi tak terkantoi. Well good for you, but bad things doesn't always can be safe right? Dan untuk entry nie juga. Aku tak pasti la sama ada korang akan dapat penampar + kene pijak kaki dari awek korang atau kekasih gelap korang. Tapi mungkin juga dari kedua-dua mereka. Mungkin...

Eh? jap. Kata entry nie nak backup lelaki? (kene lagi.. ) *muke sedih dan kecewa*

Well this same goes to all ladies ok. Bukan untuk lelaki sahaja.

~adios~

Selasa, 14 Ogos 2012

Cuti-Cuti Malaysia Pt. 1

Cuti-cuti kali ini kita membawakan anda ke Tioman Island. One of the most beautiful beaches and island in the world. Kelas kau jahh...

Nak pergi ke Tioman ni tidak la susah sangat, sebab dia dekat belah Johor. So kalau dari KL nie bleh je pergi ikut Lebuhraya Utara-Selatan arah ke Johor. Then ambil exit ke Ayer Hitam transit ke Bandar Kuang ke Arah Mersing. Kami gerak dari Bangi jam 8 pagi sampai ke Jeti Mersing tu sebelum pukul 1 tghari sbb feri pukul 2. Kejar masa, bawak kereta kalo bukan 100-120 kmh tak sah. Jadi kalau ada saman sila keluarkan duit anda. Eh? hehehehe


Disebabkan membe backpakers ak nie pengguna kenderaan tegar yang ber 'auto' jadi aku lah pemandunya sepanjang perjalanan pergi dan balik. Tapi tak pe nasib baik aku memang suka bawak kereta. Jadi bagi aku no biggie la.



Then kami naik feri berhenti dekat kg. Genting. Perhentian pertama sekali. Jadi tak payah nak tunggu lama lama dalam feri tu.


Kami menginap di Idaman Chalet. (Seriusly dr gambar bleh terpedaya ok - kt website dia.. muahahaha )


Tapi pemandangan ptg dia mmg syok woo.... seriusly... jatuh cinta jap dekat sini..



1st snokeling dekat Taman Laut dia. Best tak terkata. Ikan dia rasa nak tangkap2 je. Geram tengok. Since kami tiada kamera underwater. Dari jauh je la ye amik gambar. Air dia jernih gila.

Nie la Taman Laut dia.




Nampak ikan dia.

Masa nie kami dh nk balik dh. Kenape posing macam nie. Aku pon tak tau. hahahaha


 Masa nak tunggu feri datang. Rasa sayu je (chewahh) nak tinggal kn Tioman nie. Kalau lah ada posting goverment dekat sane boleh la aku pergi kan. hahahahaha.



 Habis dah pt.1. tunggu la pt. 2... Redang Island...

~adios~



5 Perkara Yang Perlu Korang Lakukan Bile Terjumpa Pakwe/ Makwe Korang yang curang.

Perkara ini selalu terjadi dekat semua orang, dan terpulang kepada setiap individu itu sendiri bagaimana cara nak tangani bila berada dalam situasi tersebut.

Apa yang korang semua lakukan bila terserempak dengan Pakwe korang jalan dengan perempuan lain / Makwe korang jalan dengan jejantans lain?? Aku tau memang sakitkan perasaan tu. Bila kita ajak keluar seribu alasan dia tolak kata tak ada masa la. Sibuk la. Banyak kerja la. Kepala hotak diorang!! Ingat diorang je ke yang busy? Kita nie tak busy??!! Bullshit la dengan I LOVE YOU!!! Persetankan dengan sweet talker korang tu tapi mulut sebenarnya serupa tahi!!!.

Bila korang nampak Pakwe/Makwe korang tu bukan main bergurau senda, bertepuk tampar dengan dengan perempuan/jejantans lain ini sudah bikin hati panas. Macam valcano nak memuntahkan lava dia. Korang rasa nak ikat je diorang tu dekat lereng gunung biar lava tu kene dekat diorang sampai mati kehangusan. Eh?. Aku rasa korang tak ada la kejam sangat kan. Tapi bila hati dah luka, kadang-kadang korang akan melakukan something beyond everyone can imagine.

Firstly, korang tarik nafas kalian panjang-panjang. Aku tau bila emosi dah mengatasi kawarasan fikiran, kau tak boleh nak fikir nak buat apa kan. So ini suggestion aku la. Berkesan ke tak kena la test sendiri ye.

5 Perkara Yang Perlu Korang Lakukan Bile Terjumpa Pakwe/ Makwe Korang yang curang.

1. Hai Awak, Makwe baru ke? Hrmmm.. cantik. Saya pon ade jugak Pakwe baru nie. (Korang capai je mana-mana lelaki yang lalu kat situ. But, makesure he is single ok) Korang blah sampai Pakwe kau tak nampak kau dengan 'Pakwe Baru' korang tu. Then minta maaf la dengan 'Pakwe Baru' korang tu... hehehehe

2. Eh?? Ingatkan awak dekat hospital jaga mak awak. Rupanya awak pergi dating. Patot la beribu kali saya kol tak angkat. Well fine then.

3. Eh? Tukar perempuan lagi nampak. Haritu I nampak U dengan sugar mamy mane ntah. Excuse me... U nie GIGOLO ker?? (Pergi dekat perempuan tu, cakap dekat dia, I wonder how much U pay him untuk teman U for the wholeday). Then korang blah la.

4. Hai U, What are u doing here? Dating ke. Wait?! a girl??? I thought U were Gay!!! Rupanya U suka gak dekat perempuan ye. (Wish dekat perempuan tu, Well I wish best of luck okay. But becareful). Then blah tros.

5. Yang kelima nie ekstrem sikit la. Tak payah cakap banyak-banyak. Korang datang dekat dia. Kau jerit kat dia. KAU NI MEMANG JANTAN TAK GUNA!!!. Tampar dia sekuat hati (after all sekali je dapat kan, so buat betul-betul. Eh? hahahaha). Pijak kaki dia. END OF RELATIONSHIP!!! then blah tros. (But, make sure korang dah selidik betul-betul ye dengan siapa dia keluar tu. Cara dia berkelakuan macam mana. Mana la tahu kot kot tu adik dia ke kan. Kan dah melepas... haaaa... siapa yang rugi??? Renung-renungkan dan selamat beramal ye).

 Sakit kan...

Walau apa pon, kita kena belajar melepaskan dan dilepaskan. Move on. Life is short so live to the fullest okay. Tak ada masa untuk sedih2 la. Banyak lagi benda yang korang kena explore sendiri untuk tahu apa itu erti kehidupan.

~adios~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...