Rabu, 15 Ogos 2012

5 Perkara Yang Perlu Korang Lakukan Kalau Korang Kantoi Dengan Perempuan Lain.

Haritu entry aku macam memihak dekat perempuankan, hari ini entry aku nak ajar lelaki ni macam mana lelaki ni backup diorang balik kalau diorang terkantoi. Tapi amaran ye... entry ni tak elok dipraktikkan dan tidak la sure keberkesanannya. Eh? hahahaha. Actually berani buat berani tanggung la kan. (kondem lagi). Kalau tak berani jangan buat ye.

Situasi dia bermula bila korang keluar dengan kekasih gelap korang dekat mall ke atau di mana-mana sahaja. Lepas tu korang cakap dekat awek korang yang korang ada hal lain masa awek korang ajak date, padahal korang keluar dengan kekasih gelap korang. Nak dijadikan cerita, korang terkantoi!!! Macam mana??? Apa yang korang nak buat?? Idea masa tu dah tak ada dah. How?? Well try follow these simple advise. Tapi macam yang aku kata keberkesanannya aku belum uji lagi. Eh? WTFish... hehehehe

5 Perkara Yang Perlu Korang Lakukan Kalau Korang Kantoi Dengan Perempuan Lain.

1. Bila awek korang sampai dekat korang. Dia mesti akan tanya soalan yang bertubi-tubi punya la. Itu memang aku gerenti.
i. cth soalan: Siapa perempuan dekat sebelah U tu?
   cth jawapan: Perempuan?? yang ni? U pon perasan ke? I pon dah pening dah dari tadi dia asyik ikut I je.    Mana I pergi dia mesti ada. I rasa dia stalker I kot. Maklumla boyfriend U nie kan jejaka hangat di pasaran.*okay nak muntah jap*

ii. cth jawapan: Perempuan? U nampak ni perempuan ke?? I nampak lelaki je *buat muke selambe*

2. Bila korang tengah berjalan bermesra dengan kekasih gelap korang tu. Tiba-tiba korang terasa ada semacam aura yang korang kenal tau. Korang rasa macam ada orang yang stalk korang dengan kekasih korang tu. Bila korang usha usha rupa-rupanya awek korang. Mesti korang rasa macam tak secure nak dating dekat situ. Korang rasa keselamatan dan maruah korang akan terancam (gila menggelabah). Apa lagi, korang cakap dengna kekasih gelap korang nie yang korang nak pergi toilet. Korang stay lama lama dekat toilet tu. Korang telefon la awek korang. dekat mana dia. Korang cakapla korang ada dekat rumah tengah buat kerja tolong parents gitu * nampak sangat ke tipu dia?* . Pastu Korang mesej la kekasih gelap korang tu yang korang ada hal kena balik dan date tu cancel. Selamat la korang hari tu. *purff... What a tired day*

3. Yang ni lagi satu, bila korang dekat wayang dari jauh nampak macam awek korang je. Bila dia datang dekat je, kroang terus approach dia, cakap dan cakap jangan bagi dia mencelah satu pon.
    Honey U buat apa dekat sini? tahu tahu je kan I pergi sini. U know what I dah beli tiket wayang yang U nak tgk sangat haritu kan. Surprise surprise!!... Bila dalam wayang tu kan gelap so korang duduk tengah-tengah. awek korang sebelah kanan kekasih korang sebelah kiri... Ada berani buat macam tu??

4. Kalau awek korang datang, then dia kata U tak payah nak kelentong I ok. I dah nampak dah semuanya, bukan main kan U siap bertepuk tampar dengan dia la. Now explain to me!!
Korang cakap la. Apa lagi yang saya nak explain, apa yang awak nampak tu betul. Tapi satu je yang awak tak nampak. Saya memang tak pernah sayang kan dia. Saya sayang awak seorang je.
Masa nie korang tengok la awek korang cair ke tak? hehehehe

Saya Sayang Awak Seorang

5. Last sekali nie kalau korang buat memang aku salute la. Well anda memang sangat berani. Bila awek korang tengah bergaduh dengan kekasih gelap korang. Orang keliling dah pandang-pandang dah. Korang memang dah segan la. Siap dengan adegan tarik rambut bagai. Korang jerit la dekat awek dan kekasih gelap korang.
Fine!! Gaduh lagi!! Dua-dua aku tak nak. Dua-dua aku tak suke. Baik aku cari lain lagi bagus.
Eh? ada berani ke bro??

Dia Aku Punye!!

Well, sebenarnya kalau korang buat semua nie, sebenarnya korang bukan lah orang yang diciptakan untuk awek korang tu. Tapi yang no.4 tu mungkin, kalau korang betul betul maksudkannya. Tapi kalau setakat penyedap mulut je baik tak payah. (Mulut jangan serupa tahi ok!!) .(Kene Kondem Lagi) Benda nie tepuk dada tanya lah hati korang sendiri apa dan siapa sebenarnya yang korang nak. Tapi ada orang kata Kalau Kita Jatuh Hati Pada 2 orang Perempuan, Pilih la yang Kedua, Sebab kalau Kita Sayang yang pertama, kita takkan Jatuh hati Pada orang yang Kedua.

Untuk kekasih gelap tu, kalau korang dapat jenis orang macam nie. Baik korang blah awal-awal. Semua jenis sweet talker tak boleh pakai punya orang. Nanti korang yang merana. Satu apa pun tak dapat. Dan makesure bila anda-anda nie nak blah sila lah hadiahkan penampar sulung anda dekat jejantans sebegitu okay.

Tapi korang semua mesti la bijak kan atur strategi bagi tak terkantoi. Well good for you, but bad things doesn't always can be safe right? Dan untuk entry nie juga. Aku tak pasti la sama ada korang akan dapat penampar + kene pijak kaki dari awek korang atau kekasih gelap korang. Tapi mungkin juga dari kedua-dua mereka. Mungkin...

Eh? jap. Kata entry nie nak backup lelaki? (kene lagi.. ) *muke sedih dan kecewa*

Well this same goes to all ladies ok. Bukan untuk lelaki sahaja.

~adios~

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...