Memaparkan catatan dengan label Bali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bali. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mac 2016

Bali, Indonesia - Part 4

Hari Ke-4

Aku paling suka sebab harini kami habiskan masa dengan watersport activities. Kami deal harga terbaik so dapat main Parasailing, Flyfish, Diving (for first time). Memang tak boleh lupa. Hahaha

1. Diving

Diving amik pakej dekat area watersport bali (sorry lupa dekat masa sebab dah dua tahun berlalu). Mula-mula memang eksaited, memang tak fikir apa dah. Sekali bila dah masuk amik kaw macam orang tak cukup nafas. Ni semua sebab googles tu tak elok (salahkan googles!!). Air masuk mata memang tak selesa la. Lepas tu instructor tukar kan dengan dia punya baru elok. Masuk dalam air tu rasa la pengalaman diving macam mana. Yang penting sebenarnya confidence kena ada kalau tak memang jadi macam aku tercungap-cungap. Aku fikir satu je time tu. Kalau lemas tak ke sia-sia dah la ilmu amal tak cukup lagi. Tengah berjoli pulak tu. Haih... apa nak jadi la...

Budak-budak yang lain diorang memang dah masuk awal dah dalam tu nasib tak keras je tunggu aku datang. Sebab apa? nak tangkap gambar je... Hahahaha




Nasib aku tak kejung dalam air ni. Tapi sebab air dia tak jernih sangat. Kalau tak memang cun dah gambar... hehehe


2. Parasailing

Parasailing dekat Bali berbeza dengan Boracay. Sebab Boracay dekat tengah laut. Kau terbang dekat atas tu adala dalam 10-15 minit dia bagi ko feeling-feeling then dia tarik. Tapi dekat Bali punya serupa dengan Langkawi. Dari tepi pantai nak turun ko kene tarik ikot arah bendera yang orang kat pantai tu tunjuk. Kalau kau rabun... agak-agak je la... Hahahaha... Kalau kau tak tarik nanti dia sebut nama kau baik punya dekat healer tu suruh tarik... tarik... dan kau pun dengan bersungguh la dengar cakap dia tarik.. tarik.. sebab takut terlajak pulak... apakan daya...


Panas terik sanggup nak main jugak... Hahahaha... Burn tu memang toksah cerita la...


3. Flyfish

Flyfish dekat Bali dengan Boracay pun tak sama sebab Boracay naik sekali empat. Takde la rasa nak fly dia tu (kedekut.. hahaha). Dekat Bali naik sekali dua. Kau memang rasa terbang la... hahaha cuma jangan sampai putus talinya... Hahahaha

Puas hati!!


Dah seronok main bende semua tu memang tak fikir pun nak pergi melawat pantai-pantai semua. Dia hantar balik hotel, kita sambung berenang dekat kolam hotel tu yang dalam nak gila. Bila malam tu ade sikit rasa lain macam tapi macam biasa abaikan. Sebab kita dekat tempat orang.

xoxo

Bali, Indonesia - Part 3

Hari Ke - 3


  • Dolphins Interactive
  • Uluwatu Sunset & Kecak dance
  • Dinner @ Jimbaran
Dolphin Interactive

Untuk aktiviti harini kami pilih nak amik pakej interactive with dolphin. Sebab apa? Simple. Sebab teringin. Nak pegang, nak peluk, nak kiss gitu. Hahahaha.

Macam mana cara dia?
Untuk dolphin aku serah kat Miss R untuk arrange and aku campur sikit-sikit je.

First kami akan usha website dia http://www.balidolphins.com/. Interaction for 45 minutes if not mistaken. Bagi kami worth it. Itu terpulang kepada pendapat masing-masing.

Second, emel dia tanya berkenaan pakej sebab dia ada masa yang tertentu. Kami amik sesi jam 12.00tghari terik matahari atas kepala. Ok Redha. Pakej dia USD 79 per person.

Dah deal dengan pihak sana bila dah sampai bali one day before sesi korang dia akan datang ke tempat korang menginap untuk collect duit. Esoknya just tinggal pergi siapkan diri peluk dolphin tu *eksaited!!






Nampak tak kecomelan dia. Mula-mula rasa macam tak percaya!! but guest what? one of my bucketlist check √ already!! Memang lambat gila nak move on. Rindunye....

Uluwatu Sunset & Kecak Dance

Lepas habis sesi dengan dolphin, kita bersiap-sedia nak pergi Uluwatu. Motif sebenar nak tengok sunset + nak tengok apa yang menarik dengan kecak dance. Aku tertipu!!! Bajet dekat kecak dance tu abam abam sado + hot. Tapi rupanya hampa belaka. Hahahaha. Lupe entrance fee berapa.

Kecak dance berkenaan penceritaan kisah mitos atau kepercayaan agama masyarakat tempatan. Ada monyet, ada puteri, kene serang, selamatkan and lastly happy endings. Itu je nak cakap.










Jimbaran.

Honestly tak tahu nak cakap apa sebab masa kami datang hari dah gelap so tak nampak la pantai dia. Hahahaha. Dinner dekat situ ada yang mahal, ada yang murah. Kena pandai carik. Kalau nasib baik dapat la yang murah, sedap dan berbaloi. Tapi kami just pesan nasi goreng biasa. Nampak? sebab duit dah habis peluk dolphin.

Sambung Part 4- aktivit menarik kitaorang buat. Watersport yang menjadi pilihan hati. till then..


XOXO


Bali, Indonesia - Part 2

Hari ke - 2

Hari ke-2 kami  amik service supir. Sebab kalau nak merempit dekat bali tu tak mampu makk.... 

Supir tu kami dah book awal-awal dari Malaysia. Dah deal harga baik punya dengan dia. Kami amik 2 hari je sebab villa area Seminyak, perlukan transport untuk ke hulu ke hilir. Dekat area Kuta nanti jalan kaki je pon dah okay dah.

Penat berenang malam semalam tak habis lagi dah kene bangun awal sebab hari ini kitaorang pergi bersiar-siar. Orang kata lawatan lite-lite je… Hehehe…

1.     Taman Ayun Ulu Danu

Entrance Fee: 15,000 Rp
Interesting: Bergamba je. Sejarah dia guwa tatau.



2.     Ulu Danu Temple

Entrance Fee: 30,000 Rp
Interesting: Kisah Temple ni. Kebetulan guwa sampai ada macam acara sembahyang. Jadi guwa tak ambik port sangat.






3.     Monkey Sanctuary

Entrace Fee: 30,000 Rp
Interesting: Well... kalau dah nama monkey harus la monyet kan.. penuh... lepas tu dekat sini ada jual souvenier. Tapi masa guwa sampai kedai ni macam tak bermaya sangat. Mungkin bukan waktu puncak or public holiday kot so tak ada la banyak orang sangat.






4.     Tanah lot – Sunset

Entrance Fee: 30,000 Rp
Interesting: Tengok sunset.






Lepas itu balik villa kita buat party bujang. Miss Q nak kahwin dah. Hehehe... Gambar?? takyah la letak dekat sini kegembiraan orang. Tak elok. Till then...

Sambung Part 3 apa yang menarik kitaorang buat. 


x~~xoxo~~

Jumaat, 3 Julai 2015

Bali, Indonesia - Part 1

Bali, Indonesia

Part 1 (Hari pertama)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Macam mana nak mula.... hurm...

Bali ni memang dah lama kami aim. Macam biasa team buddy kami... orang yang sama pergi ke Jogjakarta, orang tu la yang pergi ke Bali. Buddy yang dah selesa, yang tak kisah kalau tidur ada pasang speaker.. opss!! hahahaha..

Tiket

Tiket macam biasa beli awal tahun sebab masa tu nak fly bulan September dengan harga RM273 seorang. Murah ke mahal?? Masing-masing boleh decide. 

Hotel

Kami book dua tempat. Sebab motif bercuti adalah untuk rehat dengan tenang tanpa fikirkan kerja, jadi first tempat menginap kami beli dekat groupon sebab masa tu tengah offer ialah Destiny Villas dengan private pool which is AWESOME!! so boleh lah feeling macam Orang Ada Ada (OAA). Include breakfast daily dengan 1x lunch. Okay la kan? siapa yang nak bagi? Even nampak seram sikit takpela letak tepi. hahaha. Tengok gambar bawah ni... rasa Awesome kan??





Tempat kedua book via agoda. Bakung Beach Resort, biasa, not bad, tapi air kecik jangan tak tahu swimming pool dia boleh buat diving sekali sebab dalam gila. Dalam dia dua kali tinggi guwa.

Nampak cetek tapi jangan tertipu ye.

Flight malam jadi mostly ambil halfday kerja. Nampak kan exited dia. Flight jam 8 malam jadi sampai Bali dalam jam 11 malam macam tu. Sebab kan dah ambil villa tu jadi dia sekali dengan servis pickup dari airport. See... senang takyah penat fikir nak naik apa. Sampai je villa tu terus terpegun. Macam orang j-a-k-u-n pun ada gak berlari rebut bilik. Mampu?? hahaha...

Bila pak supir dah letak barang dalam bilik semua nampak je pool apa lagi terjun la... hahahaha... sebab private pool suka hati guwa la nak terjun tu pukul berapa sekalipun. 

Dah penat kuak lentang, kuak kupu-kupu, kuak harimau dengan terminum air swimming pool berapa gelen akhirnya kami tewas. Terus tidur. Tapi sebelum tu guwa kerah la si Ira ni tiup belon. Nampak tak gigih sebab esok malam tu nak bachelor party untuk bakal pengantin. Surprise gitu... Hahahaha... Penat tiup belon asyik pecah je ahhhh.. tidur lagi baik.

Bersambung part 2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...