Memaparkan catatan dengan label Beijing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Beijing. Papar semua catatan

Ahad, 17 Mei 2015

Beijing Day 2- 6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hahaha.. Kemain entry macam nak buat karangan untuk SPM kaw.

Okay disebabkan malas nak buat banyak sangat entry dari Day 2- Day 6 jadi aku compile kan la sekali ek. (nampak kan malas sangat dia kat situ) Kahkahkah!!

Day 2

Hari kedua ni pagi-pagi lagi kitaorang dah menapak dekat Great Wall of China. Semput tak semput gak la masa nak naik tu. Batu dia bapak besar... Abang ipar dengan adik sekali pakcik ak awal-awal lagi dah merayau dah sampai ke mana ntah. Tapi yang penting bila dorang balik mengah tu toksah cakap la. Belagak lagi itu makan dia... Kahkahkah



Lepas dah penat tu. Kita orang ni pegi la melawat tempat Jade dengan kristal. Ini memang tempat wajib kalau korang pergi Beijing ikot tour. Sebab biasanya diorang akan dapat komisen kalau bawak tourist datang. Dan macam biasa rembat la spek mata sebelum blah.



Lepas lunch sambung lagi jalan pegi Burning Cream Center. (sebenarnya dah lama sangat dah pergi jadi lupa. Hehehe... kalau ada salah harap maaf. Berbalik ke tempat ni. Kalau tak silap diaorang akan buat demo tau. Baik punya. Dia panaskan besi lepas tu pergi pegang best tu ko rasa?? Sebenarnya dorang nak tunjukkan cream dorang tu. Kalau korang dah kena api pakai cream tu baik la. Sebab mesti la orang demo tu tangan dia nak pakai lama lagi kan. Kene la berkesan. Hahaha. Tapi sekarang dengarnya dah takde dah demo tu. Mungkin tangan orang tu dah nipis dah kot kulit dia tak pon dah pencen. Hehehe... jadi kalau takde demo tu takyah la beli cream tu. Macam biasa aku pon beli la cream tu sebab pertunjukkan dia yang hebat tu. Cumanya aku takde la buat aksi tu dekat rumah. Hahahaha.


Lepas tu pergi shopping ke Wangfujing Street. So bershopping la kalian.


Day 3.

Pagi2 kitaorang dibawa ke Summer Palace yang tak berapa nak summer sebab hujan masa tu. Hahaha... Jalan jalan tangkap gambar sambil pegang payung. Gigih kan?? Malas nak dengar tour guide tu citer. Explore sendiri, Then pegi lunch. Lepas lunch tu bawak pergi shopping baik punya. Hahaha... Sebab dia bawak ke Fresh Water Pearl Center, tak pasti yang mana kalau tak silap yang dekat stadium lama. Amikkaw kene tipu gak la... hahaha. Sebab kita bukan peminat mutiara jadi tak tau la harga pasaran mutiara dengan mutu dia. Jadi redha kan je la duit tu mengalir. *menangis*


Lepas tu dia bawak kita ke Tea House. Yang ni aku suka sebab dia suruh kita try macam macam jenis teh. Bau macam bunga kat kubur tu pun ade. *aku minum bersorak kegembiraan*

Day 4.

Hari keempat ni pergi ke Bird's Nest Stadium. Sini memang ramai la orang sebab stadium baru lawa semua kan. Kat Malaysia mana ada bawak pergi ke stadium kat bukit jalil tu kan?? Hehehe... paling koman pon bawak pergi Putrajaya, Menara KL, KLCC, lagi? tatau.. Hahaha



Lepas tu pergi Jewerly Shop cuci mata sekejap then pergi shopping at Ya Show Market, then Street for shopping. Shopping sampai lebam na...

Day 5
Hari kelima ni banyak shopping dekat Yashow Market, Xiushui Street and Golden Market. Habis kan duit yang tinggal



Day 6.
Pagi tu dah gerak ke airport untuk balik *tak sabarnye* tetibe nak memerut plak. pergi toilet terus terbantut. Toilet takde air. Hahaha... Balik Malaysia rindu dengan getah paip. Boleh??

Hahaha....

Sekian,











Isnin, 30 Jun 2014

Beijing, China Day 1

Assalamulaikum...

Hai... Okay trip kali nie... ke Beijing ke Kite?? hahaha... yang ini tahun lepas punya cerita. Punya la malas nak taip tahun lepas punye.

Trip kali ni bukan backpackers pun, sebabnya bawak famili nak memudahkan pergerakan kami masa dekat Beijing. Pergi Beijing nie memang tak usha pape pun, nampak je satu pamplet ni untuk ground arrangement RM300/ RM400  kalau tak silap per person  6H 5M grab je pe lagi. Tiket beli sendiri dekat MAS Airline time tu RM1100 + Visa buat sendiri RM100 = RM1600 pegi Beijing. Not bad la kan.

Kitaorang pergi bulan September 2013 tahun lepas. Cuaca sedap-sedap gitu kan, tak sejuk sangat tak panas sangat, just nice. Tapi ada masa-masa datang pe'el dia nak panas ke nak hujan ke, redha je la. Konon-konon acah-acah macam sejuk, beli la baju sejuk *suka membazir* hahahaha...

Dah sampai bulan September punya la eksaited tunggu nak berangkat.

Day 1

Flight kitaorang gerak jam 12tgh malam  so sampai esoknya pagi (waktu Beijing dengan Malaysia sama je) terus gerak melawat ke Dataran Tiananmen lepas guide tu terangkan... tangkap gambar snap sane snap sini jap terus ke Forbidden City, nak masuk sini kena bayar. Ini guide tu semua yang belikan, pakej termasuk harga tiket masuk.




Dekat Forbidden City tu masuklah semua ceruk dalam istana tu. Sedikit nasihat, takpayahlah berangan terus nak masuk ke toilet diorang kalau nak terkucil, hancing maklumlah takde air. Kena bersabor. Masuk tempat berlakon cerita My Fair Princess. Siapa yang tengok cerita ni masa kecik-kecik dulu dia tau la cerita ni. Best...

Belanje Gambar je la...
Time nie dah sampai dekat Beijing Airport dah. 



Semua tak cukup tidur, gara -gara si kecik nie dalam flight. hahaha















Pokok dalam cerita My Fair Princess, yang dia panjat pokok takut kena pukul tu. hehehe *agaknye la*



Lunch dengan dinner semua, lepas tu petang cek-in hotel then tido

Sambung untuk Day 2

****aDIos****
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...