Memaparkan catatan dengan label Koh Samui. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koh Samui. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mac 2016

Koh Samui, Thailand Part 3

Koh Samui, Thailand Part 3

Untuk hari ni kitaorang just nak rehat-rehat, makan-makan, tangkap gambar.

Bersiar-siar ke Chewang Beach. Masa petang ramai gila orang kat pantai macam piknik la. Menghabiskan masa yang terluang. Ada juga jual jangung, air tapi aku tak beli pun sebab ragu-ragu banyak naw anjing merayap. Hahaha

So pagi tu gigihkan diri jalan area pantai. Tangkap gambar semua. Tak pergi pun area bophut tu sebab:
1. Takut sesat (orang kata tak rock la kalau tak sesat. Tapi aku kesah apa. Kalau aku sesat bukan dia boleh tolong aku. Kan?? Hahaha)
2. Tak tau arah mana... Hahaha sedih!!
3. Tayar motor bocor pulak sebab telanggar lubang. Kene ganti jadi nye $$$$. Baru je ingat nak makan seafood + udang sebab baca dalam blog. (mengalir air liur)
4. Kau datang la sini. Nanti kau paham... Hahaha
5. Kalau kau pergi sendiri naik moto bukan pakai agen... tahniah la aku ucapkan.







Lepas tu sambung jalan, makan-makan, tidur. Esok pagi-pagi nak balik dah. Jauh lagi perjalanan tu... hahaha.

xoxo

Koh Samui, Thailand Part 2

Koh Samui, Thailand Part 2.

Harini bangun awal sebab nak pergi island hopping!! main air yang jernih. Rindu since Boracay. Hahaha

Maklumla malam tadi dah krohh krohh... hahaha

Untuk aktiviti pagi ni kitaorang amik pakej yang kita dapat dekat area chewang beach. Harga tu depends baik punya ayat dapat la harga berbaloi.

Semangat pagi tu dipatahkan sikit sebab hujan dekat area pulau. Aku saje nak rasa hujan tyme naik boat. Mana dapat kat Malaysia...


Nampak tak tu?? Gamba kitaorang mandi hujan tak yah la nak dipertontonkan.. kita semua sama je... hahaha

Lepas tu agak-agak dalam 45-60 minit sampai ke tempat yang nak dituju.

Mula mula sampai lepas kitaorang makan terus pergi viewpoint dulu kene naik bukit sikit dalam 15 minit. Depends pada kelajuan masing-masing. Kitaorang sampai atas tu dah macam zomba zombi mintak air air air.. hahaha *takyah nak drama sangat. View dia sangat awesome. Tangkap gamba sikit lepas tu turun main air...

Tapi perlu diingat masa nak naik tu kene lalu jambatan kayu. Kadang-kadang jambatan tu buat aku rasa tak yakin sebab macam tak kuat je... hahaha

Jambatan dia


Naik tangga. Gigihkan kaki -kaki anda

view dia... lawa.. Subhanallah
Lepas dah excercise kaki... marilah kita merendamkan diri dalam air. Air dia lawa dah best dah. Tapi satu je... banyak batu karang dah mati. Sakit woo kalau tak pakai sarung yang getah tu masuk dalam air. Ikan boleh la ada... so kau pun feeling feeling la tabur ikan roti ikan berselerak datang. Hahaha

Dah habis hebat dah buat aksi macam ni... hahaha 

Nampakkan banyak batu karang dah mati. Pentingkan keselamatan dulu tau

Dah penat merayau dekat pulau ni. Petang tu boleh la berangkat pulang. Van dah sedia tunggu ambil bawak balik hotel. Yeay!!

xoxo

Koh Samui, Thailand Part 1

Koh Samui, Thailand Part 1

Trip ke Koh Samui ni sebenarnya tak plan. Beli ni pon sebab masa tu tengok tengah sale dekat Air Asia. Semua orang bagai nak gila. Termasuk aku la sebab aku pun beli tiket ni. Hahaha... Macam biasa aku pergi kali ni dengan Miss R. Lepas beli tiket baru la terkedek-kedek research pasal Koh Samui ni.

Untuk ke Koh Samui ada dua cara. Cara mahal dengan cara murah tapi it takes long journey.

Cara mahal
Beli tiket direct flight ke Koh Samui guna Firefly which is costly. Harga standard dalam almost RM1200 return untuk perjalanan yang tak sampai 3 jam. Tak larat mak nakkk... harga tiket tu boleh la beli tiket ke Jepun ke Europe bila ada sale. Hahahaha

Cara murah
Kau beli tiket AA which is RM149 return not include Luggage + makanan, Touch down kau cari dekat area pintu keluar ade company pakej bas sekali dengan tiket feri + transport hantar ke depan hotel terus. Naik bas dalam 1j 45 minit. Naik feri pon dalam 1j 45 minit. Jadi marilah kita berhuhuhuhu...

Welcome to Surat Thani airport


Jalan kaki nak naik feri


Lepas sampai tu. Jalan sampai dekat hujung tu untuk carik transport yang akan bawak kitaorang sampai hotel.

Hotel: Cheeky Monkey's Samui

Selesai check in tengok bilik, tengok la sekali facilities yang disediakan. Katil ok tapi bilik kecil. Berpadanan la dengan harga dia. Harga bilik untuk 4H 3M untuk dua orang 1,800THB. Dia ade pool rooftop gitu... hahaha

Banyak la mat saleh berjemuran atas tu. Kitaorang nak feeling feeling dalam swimming pool pon tak boleh sebab pool pon kecik. hahahaha

Kebetulan time kitaorang sampai tu dah nak full moon party jadi banyak la tourist datang termasukla kitaorang. Hahaha

Perot berbunyi mintak di isi... pusing-pusing jalan kaki jap tengok apa yang boleh dimakan.


Lepas kenyang suka hati apa lagi. Tidur la.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...