Dah lama dah tak update blog nie. Nasib online kan kalo tak dah berhabuk besawang semua agaknya. Dah nama pon Krabi so mesti la cerita pasal Krabi kan. Mula la sesi penceritaan yang berpanjangan... hehehe.
Krabi nie sebenarnya dah lama la kitaorang nak pergi. Nasib la AirAsia baik hati nak buat sale time tu plak tiket pergi Krabi agak murah la berbanding harga biasa selalunya 200++ pergi saje. Pe lagi kitaorg pon rembat la. Harga tiket pergi balik Kitaorg RM115 flight pukul 12.45 tghari 'murahkan' kitaorg beli dari tahun lepas lagi.
Lepas setel tiket aku pon usha la mana-mana hotel yang mampu milik untuk kitaorg menetap 4H3M. So jumpala dengan Haleeva Sunshine Hotel nie. Aku beli on9 dekat Agoda.com. Sila la book awal ye untuk mengelakkan korang tidur dekat kaki lima... hehehe.. Memain je. Sebenarnya banyak sangat hotel dekat Krabi tu. Mahal atau murah pilihan ditangan anda.
Malas nak cerita banyak, tengok gambar je dah paham dah. Sebab gambar kan boleh berbicara... gituuu..
dekat kastam |
Tiket untuk naik bas. takde tiket takde bas |
Kalau korang bila sampai dekat airport takde orang nak amik sila la beli tiket bas or teksi dulu dalam airport. Kalau tak berdiri je la korg macam orang sasau...
Inilah bas ktorg. semua mat saleh je tau. terasa sangat kt oversea uolls... hahaha |
Lepas je sampai terus check in hotel. Yang best nye dekat hotel ktorg nie dia dah de pamerkan macam2 pakej macam 4 island, Phi Phi island tour, gokart, elephant, Atv dan macam2 lg. pilih la ikot suke. Disebabkan kitaorg ni agak malas sikit konon2 cm nak lepak dalam bilik je tros je sambar pakej yang ktorg dh aim dr dulu lg. *tempat impian.. hahaha*
Tapi kemalasan tuka jadi kerajinan bila perut dah berbunyi mintak diisi. Kitaorg sewe moto untuk satu hari 250 bath (RM25). kitaorg sampai hotel jam 3ptg memang lapa gile. Ikotkan boleh smpi awal kalau amik teksi dan bayar lg mahal tapi sebab ktorg masih lg dlm perkiraan bajet naik bas je yg mampu.
Dah selesai urusan sewe menyewe semua pe lagi ktorg merempit la. Sebab kt Mesia tak pernah buat kan, tu yang dekat negara orang jadi batak. hahahaha... Habis la satu Aonang tu ktorg redah nasib la...
Ira pon nk merempit gaks. acah2 je tu... hahaha |
Ira hanya sebagai pembonceng je |
Kalau pergi ke Krabi. Jumpe orang nie. Dia memang friendly and kalau korg mmg boleh jekk dia smpi dpt harge paling murah memang hebat la. Tapi harge yang dia bagi memang not bad la. |
Ini tuk-tuk name dia. small version |
Kitaorg sampai petang tu dengan tak mandinya sume terus pergi ke Night Market. Boleh bayangkan bau dia x?? hahaha... Nasib baik bwk perfume dlm beg so sembur2 je... senang mudah dan cepat. hahaha *sungguh tak senonoh*
Night market ni dia dekat pekan Krabi so kalau korg sewe motor tu lepas tu berangan nak pergi pekan dia jangan harap la.. kang ada yang tak balik. Konon2 ktorg nak jimat nk g naik motor la sebb orang kt reception tu kate boleh. Bengong betul hahahaha...
Pankek ceklat paling digemari. Hari hari mau beli.. hahaha |
Takoyaki Thai version. Ira dah ketagih |
One of the souvenir for ourself |
Tunggu Day 2 ok.
adios!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan