Rabu, 27 Mac 2013

The best of Krabi (Day 2)


Assalamualaikum..

Hai uolls sekalian alam yang gorgeous... hehehe *kau suka over kan*. Hasil sambungan daripada penceritaan semalam. Ye Krabi yang indah tempat impian semua hahahaha. Okay enaf gelak2 ni....

Hari kedua kami teruskan dengan aktiviti 4 Island dan Elephant Trekking. Untuk 4 island ni korang semua boleh pilih untuk naik speed boat atau longtail boat. Longtail boat lg murah dari speed boat dan dia lambat ye *sile ambil perhatian*. Kami pilih speedboat sebab kami tak suka lambat.. hahaha. Lagi pun speedboat dia besar dan selesa.

Mulakan hari anda dengan sarapan dulu

Dalam pakej 4 island nie. Kami melawat Tap island, Poda Island, Chicken Island dan Railay Beach. Ada island yang kita tak boleh turun untuk mandi pun sebab bahaye katanye. So duduk atas boat je la.


Semua tengah kumpul tunggu untuk berangkat ke 4 island

Tap Island
Ira dan Longtail boatnye
Me at Tap island



Chicken Island
Selesai balik dari 4 island kami bersiap nak pergi elephant trekking dan mandi dgn anak gajah. Cool kan bunyi dia... hahahaha. 4 island tamat dalam jam 3-3.30 ptg. Dalam jam 4.00 ptg akan ada orang dari pusat gajah tu amik dari hotel ke sanctuary tu.

Masa naik gajah tu kitaorg macam orang tak betul dah. Nak gelak tapi tak boleh keluar suara motif dia sebab taknak kacau konsentrasi gajah tu masa bawak kitaorg. Rasa macam nak tercampak je dari seat tu mase gajah naik bukit. Scary tapi the best experience we ever had!!

Masa nak mandikan gajah nie toksah cerita la. Haru biru dibuatnya gajah tu dah la besar ngan tinggi kan dah tentu2 dalam air tu. So incik gajah pon g la tempat yang cetek sikit untuk bg kitaorg mandikan dia... hahaha.. mandi tak mandi la. Akhirnya kitaorg yang mandi abes lencun!!...

Lepas habis mandi gajah tu diorang ajak mandikan gajah lagi skali sbb gajah yang laen tunggu turn nk mandi. Memang tak la kan jawabnye!! hahaha

Owh ye kat situ nanti diorg de tangkp gambar so terpulang korg nak beli ke tak. Tapi sebab kitaorg nie berhati lembut. kesian tengok gajah tu beli la gamba tu. Bukan satu tapi dua tau... hahaha.. Memang tak boleh bwk kitaorg pergi tempat macam nie. perabih duit... hahaha

Nampak tak muka ira yang cuak tu.
Anak gajah nie nak berendam jap.. Nasib tak simbah kitaorg... hahaha



  
Baby elephant show. bravo!!! Even gajah pon dgr ckp

Korang ada berani nak pegi?? Tak pasal pasal kang kene pijak... hahaha... nasib masih selamat

Kan lencun tu!!!


Tamat lah hari kedua. Owh ye lupe nk cerita apa yang kitaorg makan kat sana kan?? esok je la ek cerita... hehehe


Adios!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...