Isnin, 30 Jun 2014

Beijing, China Day 1

Assalamulaikum...

Hai... Okay trip kali nie... ke Beijing ke Kite?? hahaha... yang ini tahun lepas punya cerita. Punya la malas nak taip tahun lepas punye.

Trip kali ni bukan backpackers pun, sebabnya bawak famili nak memudahkan pergerakan kami masa dekat Beijing. Pergi Beijing nie memang tak usha pape pun, nampak je satu pamplet ni untuk ground arrangement RM300/ RM400  kalau tak silap per person  6H 5M grab je pe lagi. Tiket beli sendiri dekat MAS Airline time tu RM1100 + Visa buat sendiri RM100 = RM1600 pegi Beijing. Not bad la kan.

Kitaorang pergi bulan September 2013 tahun lepas. Cuaca sedap-sedap gitu kan, tak sejuk sangat tak panas sangat, just nice. Tapi ada masa-masa datang pe'el dia nak panas ke nak hujan ke, redha je la. Konon-konon acah-acah macam sejuk, beli la baju sejuk *suka membazir* hahahaha...

Dah sampai bulan September punya la eksaited tunggu nak berangkat.

Day 1

Flight kitaorang gerak jam 12tgh malam  so sampai esoknya pagi (waktu Beijing dengan Malaysia sama je) terus gerak melawat ke Dataran Tiananmen lepas guide tu terangkan... tangkap gambar snap sane snap sini jap terus ke Forbidden City, nak masuk sini kena bayar. Ini guide tu semua yang belikan, pakej termasuk harga tiket masuk.




Dekat Forbidden City tu masuklah semua ceruk dalam istana tu. Sedikit nasihat, takpayahlah berangan terus nak masuk ke toilet diorang kalau nak terkucil, hancing maklumlah takde air. Kena bersabor. Masuk tempat berlakon cerita My Fair Princess. Siapa yang tengok cerita ni masa kecik-kecik dulu dia tau la cerita ni. Best...

Belanje Gambar je la...
Time nie dah sampai dekat Beijing Airport dah. 



Semua tak cukup tidur, gara -gara si kecik nie dalam flight. hahaha















Pokok dalam cerita My Fair Princess, yang dia panjat pokok takut kena pukul tu. hehehe *agaknye la*



Lunch dengan dinner semua, lepas tu petang cek-in hotel then tido

Sambung untuk Day 2

****aDIos****

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...