Jumpa lagi.. Dalam sehari berapa entry ntah aku nak buat. Sebabnya bos aku takde harini *pegi umrah* sampai awal bulan tujuh. So harini je aku nak rehat. Esok baru keje balik. hahahaha...
Entry ni sepatutnya dua tahun lepas aku tulis tapi sebab yang sama lagi a.k.a MALAS jadi la ni la aku baru nak up. Tengoklah macam mana... sebabnya nie aku amik Pakej 6H 4M... so = RM$$$$ jangan tanya berapa dan agen yang atur.. jadi banyaklah jalannya... hahahaha...
Belanja Gamba lagi
Dah sampai dekat imigresen KOREA dah... Feeling-feeling K-POP sangat |
Restoran 1st kita orang makan bila sampai. Perot toksah cakap la... dah nyanyi lagu rock hardcore punye... hahaha |
Dinner. Sedap!!! Rindu nak makan lagi!!! |
Kimchi. Not my feveret. |
Sampai dah hotel. Hotel 1st kitaorang Mate Hotel. Hotel diorang superb!!! kalau ikot agen la... hahaha |
Habis makan. Habis camwhore dengan bilik semua. dah Penat!! tido...
Esok nak berjalan kumpul tenaga!!!
DAY 1
Bila ikut agen ni, semua aktiviti dia dah aturkan malas nak bising-bising kita kat negara orang kan kena behave. Kang kena jual kang tak pasal-pasal... *over sangat* hahahaha.
Aktiviti 1 yang kita orang buat is
Melawat Presidential Blue House. Lepas tu pergi National Folk Museum, Kyongbok Palace, Seoul N Tower lepastu sambung Lunch.
Abaikan yang lompat-lompat tu sebab keterujaan melampau. Hahahaha |
Belakang tu je rumahnya. ingat nak singgah tapi segan... *blushing* |
Kyongbok Palace. Kalau tak silap almaklumla dua tahun yang lalu |
Daun pokok warna warni. rindu.... |
Seoul N Tower.
Rindu nak pergi lagi...
Padlock Love... acah-acah Cinta Bersatu Hingga Hujung Dunia... hahaha |
Hanok Traditional Village.
Untuk bergambar yang suka pemandangan cantik. Ada jugak sejarah kat sini kalau tak silap...
2002 World Cup Stadium
Nak pergi dulu tak dapat sebab sekolah lagi *propa*. Sekarang je mampu bila dah besar katanya... hahaha
63 building fo Wax Museum
Museum macam kat London tu. Tapi tak mampu nak pergi. Tengah kumpul duit. Hado?? hahaha
Dinner dekat sini je... |
Hello Kitty Cafe
Hello Kitty Cafe ni kitaorang main nekad je. Takde dalam agenda pon, sebab teringin punya pasal Qasha dengan Ira la yang pergi meng-google kafe nie. Tahan teksi pergi carik kafe nie. Area mana jangan tanya sebab dah lupa. hahahaha...
Yang best ni bila pakcik teksi tu dah turunkan ktorang, punya la pusing naik tangga turun tangga jumpa. Bila balik rupanya depan sikit je. Kitaorang lalu jalan belakang. Mampu?? hahaha
Dah lepaskan kempunan balik bilik. Tido!!
Esok punya aktiviti dah senyum sampai mimpi... hahaha
****aDIos****
Tiada ulasan:
Catat Ulasan