Rabu, 20 Mei 2015

Boracay Island, Philipines

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Harini guwa sorang-sorang kat ofis, gelap pulak tu. Amik feel sikit nak buat karangan ni. Hehehe...

First destination kitaorang pilih untuk 2014 ini ialah BORACAY ISLAND, PHILIPINES!!! Yeay!!! Finally sampai jugak, even dah bermacam-macam dugaan.

Macam biasa beli tiket time sale. Masa ni mana ada direct flight ke Kalibo. Kene plan sendiri route nak sampai ke Boracay. Mana main nak suap je, kena la usaha sendiri. Mula-mula amik flight dr KL-Clark-Kalibo. Lepas tu dan dan plak Air Asia tutup route ke Clark. Menggagau gak la lepas tu. So amik option la dr KL-Manila-Kalibo-Manila-KL. Jadi pelanggan setia Air Asia kaunter dekat Metro Kajang tu sebulan tu smpai 5-6 kali la ulang alik. Nampak tak?? Lepas tu dan dan balik dari Boracay tu AA bukak route baru direct dr KL-Kalibo. Kau rasa??

Takpe la kitaorang redha je la. Sebab best trip punya pasal kan and ada la pengalaman transit ni kan.

Then tiba la hari yang dinantikan. Flight dr KL-Manila. Flight amik malam sebab konon-konon senang tido je dalam flight plus jimat sehari duit. Sampai Manila, tunggu flight domestic ke Kalibo. sebelum tu sempat la guwa pergi urut. Nak reda kan urat kat badan ni.


Masa ni tengah tunggu penerbangan domestik ke kalibo. 
Selepas melalui perjalanan selama satu jam lebih dari airport Kalibo ke Jetty nak feri sampai la kita ke boracay. Pakcik yang bawak kereta ni boleh tahan gak la dia drift sambil lalu jalan berpusing-pusing simpang siur bagai. Nasib guwe jenis tahan pening, kalau tak memang time tu jugak guwe muntah. hahahah...

Excited tau sampai selfie lagi dalam bende alah ni.



Masa ni tunggu nak cek in hotel. Kemain diorang sempat wefie. Boracay ni actually dia ada tiga station. Kitorang station ke dua kalau tak silap. Maklum la trip ni dah setahun lebih baru nak update. Kau mampu?? Kahkahkah...

Lepas cek in semua, apa lagi berjimba la... pusing pantai ni


Welcome to Boracay Island!!!


Dah penat-penat jalan apa lagi seafood hunting la... hahaha
Our first dinner in Boracay...






Lepas tu...

Awal pagi dah siap dah sebab eksaited punye pasal nak main watersport. Semalam petang ada orang approach untuk main watersport. Deal harga baik punye.. Hahahaha... Dlm RM200 kitaorang dapat game zorb, fly fish, parasailing, helmet diving, and pergi ariel's point. Puas hati giler.

Sebab nama dia Fly Fish dia ikan terbang.. hahahaha
Fly Fish


Parasailing. Thorrbaekk!!
Helmet Diving. Memang berat pon. serius... Nasib masuk dalam air so tak rasa sangat.
Ariel's Point ni tempat terjun, pakej dia include makan, which kitaorang hanya jadi vegetarian saja, dgn ada ikan bakar. Dia takde pork. Tapi langkah selamat vege and ikan.

Terjunan dia ada tiga fasa, 5, 8, 15 meter. kalau rasa 5 meter tak cukup mainstream cubalah 15 meter. lepas tu jangan mengadu. hahaha... kitaorang setiap fasa terjunan ada cerita masing-masing... hahaha


Ariel's Point. 

Yang ni terjunan 5m dari aras laut. Sakit gile,

Dah petang balik dari Ariel's Point naik bot balik ke darat. Mula la episod yang ngeri tak berapa nak ngeri la. Boleh pulak budak-budak yang lain (pelancong asing dan warga tempatan) bersorak kegirangan sambil nak abeskan stok arak dorang dalam bot. Kitaorang ni duduk la dekat cerok belakang bot. Dengan ombak kuat, bot terumbang ambing. Guwe ni berdoa banyak-banyak supaya selamat sampai. Gila kau kang mati sia-sia je. Dengan yang mabuk tu sampai tersungkur la dekat dalam bot. Kitaorang ni nak gelak tahan kan je dari tadi. Sebab tu la kita yang Islam di diharamkan minum minuman yang memabukkan. Sebab hasilnya memalukan.

Sunset dekat White Beach, Boracay
Sunrise dekat beach apa aku tak ingat.... hahaha
Air wajib bila datang boracay ni... Johnny's nama dia.



Ni adalah dinner last day kami. Orang kata apa?? Haaa... makan besar gitu. tapi duit dah menipis dah... hahahha

Bismillah....




Last day nak balik tu mereka ni menyempat lagi nak amik gambar dekat willy rock ni. Guwe buat taik mata kat bilik. Hahaha... layankan mata nie... hahhaha



Balik dari Boracay jalani kehidupan macam biasa. Takyah nak berangan... hahaha

Total expenses well ikot bajet korang sendiri. Kalau jenis nak tengok pemandangan je and duduk hostel je taknak try watersport, murah je.

we'olls punya rahsia (sebenarnya tak ingat sebab ini tahun lepas punya) ... hahaha

Daaa....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...