First time datang sini. (Mestilah pertama kali siapa nak datang banyak kali kan?)
First impression, not bad, trafic macet!! , sampai Malioboro which is bandar utama dia banyak kuda dan tak jumpa pon orang yang ganteng-ganteng... Oppss!!! Hahaha.. okay zah wake up!!!
Actually pergi Jogja ni tahun lepas lagi. Lepas setahun baru update... tak gitu?? Well ini semua unplanned trip sengaja beli tiket tapi tak book hotel, tak book supir dan tak tahu la pula minggu yang kami datang is public holiday Demm!!
Akibatnya, hotel penuh!! penat pusing satu kawasan Malioboro akhirnya jumpa nak kata homestay memang bukan homestay tapi dia macam umah dah uzur yang rupanya masih lagi berfungsi.
Bayangkan pintu bilik tu pun macam tak kukuh kalau sirim kami ni memang tak lepas, tapi sebab dah sampai lewat campur penat dari balik keje terus rush ke airport malam tu memang tak sedar tidur semuanya. Katil dia toksah citer tunggu mase nak runtuh je. Tiga orang atas katil dengan size yang boleh tahan. Hurmmm...
Nak jadi cerita boleh pulak malam tu letrik takde... Hahaha... tak sedar jadi tak amik pusing sebab nya sedar pagi tu TV dah terpasang... nasib semalam je dekat situ. Selamat
Malam tu dah carik supir jugak untuk trip esok.
Hari ke-2
Esok nye bangun pagi-pagi siap blah dari rumah tu. Sebab balik dari trip terus check-in hotel lain.
Hari ke dua kami decide nak aktivit yang ada air...
1. Tubing di Gua Pindul
Harap maaf sekali lagi tak ingat berapa bayaran dia.. hehehe... Lepas bayar ambil pelampung masing-masing lempar ke sungai apa lagi, naik la pelampung tu... hahahaha. Jalan la sampai habis lalu dalam gua tu then proceed ke sungai sambung lagi yang mana korang kena angkut pelampung tu lori and naik lori tu baru sampai sungai. Hahahaha.. Yang penting ada orang bawak pelampung korang just rileks and enjoy the view.
Disebabkan kami pergi masa cuti umum jadi bersesak-sesakla dekat dalam gua tu... hahaha
2. Air Terjun Sri Gethuk
Perjalanan ke waterfall ni agak lama sebab kami tidur bangun tidur bangun pun tak sampai lagi. Dengan nak masuk jalan ke waterfall tu tanah merah lagi.. Jadinya kau rasa macam masuk dalam mixer... Hahaha
Nasib tak keluar balik je isi perut.
Dah sampai tempat parking kire ada lagi dalam 20 minit baru sampai ke air tejun tu sebab nanti kena turun tangga and ada bot rakit yang bawak ke tempat air terjun tu. Ehem... jangan lupa pulak nak bayar ye jangan main redah terus pergi ke bot tu, sebab dia ada tempat menunggu yang mana semua orang tengah beratur tunggu giliran dengan sabar. Nasib baik tak kena sound satu kali dengan orang dekat situ. Hahaha
Dah puas berendam satu hari, apa lagi balik la ke hotel, owh ye hotel kedua kami WHIZ Hotel. hotel not bad selesa. yang penting tidur tu tak ingat dunia. Lepas check in mandi terus makan. Kebuluran katanya. Sampai hotel dekat nak magrib kalau tak silap. Fuh....
Kami makan ayam bakar yang sedap sangat. Hehehehe...
Hari ke- 3
Hari ketiga pergi tempat yang kering. Sebab dah kembang seharian semalam harini nak kecut. Jadi tempat pertama yang kami pergi adalah:
1. Candi Borobudur
Entrance Candi Borobudur |
Nampak tak jauh lagi nak menapak ke sana |
Port gambar paling lawa. I mean pemandangan. haha |
Dah penat pusing sampai atas dengan orang yang ramai. Fuhh... |
2. Candi Prambanan
Candi Prambanan destinasi kedua selepas Borobudur. Dulu masa kecik tengok dalam buku teks je. sekarang dah sampai!!
Hari ke-4
Hari last dekat Jogja. Yang best nya hotel ni dia include breakfast, so sebelum gerak balik sarapan dulu...
Berangkat la pulang kita ke tanah air tercinta, even semenjak dua menjak kurang kasih sayang dia pada rakyat marhaen. Hurmmm.....
Total tidak termasuk tiket kapal terbang ialah RM500.
Sekian,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan