Jumaat, 3 Julai 2015

Bali, Indonesia - Part 1

Bali, Indonesia

Part 1 (Hari pertama)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Macam mana nak mula.... hurm...

Bali ni memang dah lama kami aim. Macam biasa team buddy kami... orang yang sama pergi ke Jogjakarta, orang tu la yang pergi ke Bali. Buddy yang dah selesa, yang tak kisah kalau tidur ada pasang speaker.. opss!! hahahaha..

Tiket

Tiket macam biasa beli awal tahun sebab masa tu nak fly bulan September dengan harga RM273 seorang. Murah ke mahal?? Masing-masing boleh decide. 

Hotel

Kami book dua tempat. Sebab motif bercuti adalah untuk rehat dengan tenang tanpa fikirkan kerja, jadi first tempat menginap kami beli dekat groupon sebab masa tu tengah offer ialah Destiny Villas dengan private pool which is AWESOME!! so boleh lah feeling macam Orang Ada Ada (OAA). Include breakfast daily dengan 1x lunch. Okay la kan? siapa yang nak bagi? Even nampak seram sikit takpela letak tepi. hahaha. Tengok gambar bawah ni... rasa Awesome kan??





Tempat kedua book via agoda. Bakung Beach Resort, biasa, not bad, tapi air kecik jangan tak tahu swimming pool dia boleh buat diving sekali sebab dalam gila. Dalam dia dua kali tinggi guwa.

Nampak cetek tapi jangan tertipu ye.

Flight malam jadi mostly ambil halfday kerja. Nampak kan exited dia. Flight jam 8 malam jadi sampai Bali dalam jam 11 malam macam tu. Sebab kan dah ambil villa tu jadi dia sekali dengan servis pickup dari airport. See... senang takyah penat fikir nak naik apa. Sampai je villa tu terus terpegun. Macam orang j-a-k-u-n pun ada gak berlari rebut bilik. Mampu?? hahaha...

Bila pak supir dah letak barang dalam bilik semua nampak je pool apa lagi terjun la... hahahaha... sebab private pool suka hati guwa la nak terjun tu pukul berapa sekalipun. 

Dah penat kuak lentang, kuak kupu-kupu, kuak harimau dengan terminum air swimming pool berapa gelen akhirnya kami tewas. Terus tidur. Tapi sebelum tu guwa kerah la si Ira ni tiup belon. Nampak tak gigih sebab esok malam tu nak bachelor party untuk bakal pengantin. Surprise gitu... Hahahaha... Penat tiup belon asyik pecah je ahhhh.. tidur lagi baik.

Bersambung part 2.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...