Sabtu, 6 Januari 2018

South Korea - Persiapan

Anneoyonghaseyo.

Sebenarnya trip ni tahun 2016 punya. Hahaha. Sekarang baru rasa mood nak mengarang datang. Jadi kalau saja nak baca untuk habiskan masa lapang boleh la. Tapi kalau buat rujukan dikhuatiri maklumat tidak tepat seperti yang sekarang.

Biasa la dah berkurun dalam external ni.

So lets begin.

Trip ke Korea ni bersama family dan kita tak boleh expect everything terlalu ciput dan bajet terlalu rendah. Sebab everything we have to think our parents first.

Trip bermula dari 24-31 Mac 2016. Cost all in include flight ticket, makan, minum, transport, masuk semua tempat yang kitaorang sendiri nak masuk, luggage, seat is RM2700 seorang termasuk di Jeju.

Persiapan sebelum pergi. 


Sebenarnya macam ralat sikit sebab persiapan yang kitorang buat lari sikit, sebab tak bajet la yang sampai jeju tu sejuknye kemain. Dah semak dengan weather forecast tengok suhu macam biasa-biasa. Jadi silapnya disitu, jangan percaya sangat. Kesian dekat parents kesejukan. Tapi takdelah tak bawak sangat winter jacket semua. Bawak cuma kalau ada thermal wear tu lagi cun.

Berbalik kepada persiapan. Apa yang kitaorang buat ialah:
  • Sewe kereta dekat Jeju
  • Dah sewe mestilah kena ada International License Driving (wajib)
  • Rumah book dekat Airbnb (Jeju & Seoul)
  • Guna kemudahan yang Korea Tourism beri (macam diskaun, kad (mcm tounch n go dia)
  • Yang paling penting is tiket flight la. Takde tiket takyah berangan nak sampai
  • Plus dengan semua maklumat tempat yang nak pergi. Jangan lupa tau.
Sewe kereta Jeju.

Sewe kereta mesti dilakukan awal sebelum pergi secara online. Dapat diskaun berbaloi-baloi. 


Ini International Driving Permit (IDP). Lupa dah nama dia, yang sebelah ni kereta sewa dia. Actually masa nak sewa mintak kereta sewa yang lagi besar Starex. Tapi sebab dekat IDP tu tak tanda kelas C, dapat je la carnival ni. But still okay la. Family selesa senang hati. Plus minta carseat baby sebab anak buah baru umur 4 tahun masa tu.






Untuk expenses, dah siap asing kan dah. Perbelanjaan dekat Jeju, airport tax, lebihan luggage, bajet  makan untuk setiap hari, bayaran tiket nak masuk semua tourist spot yang berbayar, dekat Seoul sekali. Biasa la trip kalau sendiri dan tak ikut agen segalanya kau yang uruskan. Tinggal rajin tak rajin je. Macam dekat Jeju jimat bab makan luar sebab banyak masak jadi balance belanja makan dekat Jeju tu bawak ke Seoul. Mudah kan?? Hahaha

Lepas tu kami gunakan segala macam yang Korea Tourism bagi macam diskaun pass, Tmoney. banyak lagi la. Make sure before pergi cek betul betul.

Kalau rajin nak rasa sesat, penat, lapar sengal2 sendi boleh la cuba ye. Hehehe.
Owh cakap pasal makan, beg makanan bawah ni yang kitorang bawak. Ni untuk emak, ayak, aku dengan adik. Kakak aku dengan suami anak dia beg yang lain. Nampak tak?? hahaha

siap ada kerepek pisang ayah tau eksport dari Malaysia. Boleh tengok sendiri la isi apa dia kalau nak carik idea makan apa bila travel dengan family ni. 


Rumah Airbnb 

Untuk rumah pulak dekat Jeju amik rumah 3 bilik. Total untuk 3 malam RM1664.57 untuk 6 orang dewasa seorang kanak-kanak. Siap boleh masak, selesa and anak buah happy. Worth it.

Dekat Seoul, decide stay dekat Itaewon memandangkan dekat situ kawasan yang ramai muslim, barang halal pun senang dapat. Total untuk 4 malam RM1528.20. Rumah ok, tapi lagi suka yang dekat Jeju sebenarnya. Hahaha. Dekat Seoul jalan kaki je jadi lokasi rumah dari train tu agak jauh la sebab nak naik bukit mencanak dekat area masjid Itaewon. Siapa yang pernah pergi tau macam mana mencanak dia. Hahaha

So apa lagi. Let's Go!!


***xoxo***

Jumaat, 5 Januari 2018

Lombok, Part 4


Lombok, Part 4

Last day ada dekat Lombok. Nak kata rindu tu ada la jugak rindu dekat laut, segala macam perangai yang tak senonoh kitorang buat. Hahaha

Just follow itinerary je.
  • Sasak Village
  • Tempat tenun kain (lupa nama dia)
  • Beli souvenier

Dekat tempat tenun kain ni, harga dia boleh tahan la. Sebab kitaorang dah berjimba lebih jeling-jeling je tengok kain tu. Hahaha.



Sasak Village pulak macam lawatan ke kampung asli dekat Lombok ni. Dia tunjuk dekat mana diorang simpan makanan and rumah yang diorang buat dari tahi lembu. Tapi takde bau tahi lembu pun la bila kau pijak lantai tu. Hehehe.


Antara souvenier yang dijual

Atas tu tempat simpan makanan

Dapur diorang





Dah sampai masa untuk pulang ke tanah air tercinta. So yang dekat belakang tu la guide kitaorang. Fachreey nama dia.

Sekian, berjaya gak habiskan Lombok punya trip tahun 2015. Hahaha...


***xoxo***

Lombok. Indonesia. Part 3



Lombok, Indonesia. Part 3

Pagi-pagi dah bangun siap-siap sebab nak pergi sambung snorkeling lagi dekat gili yang lain. Dah deal dengan Fahri dan termasuk dalam pakej yang dia offer.

Sebelum check-out kita sarapan dulu. Not bad sarapan dia. Makanan berat boleh pilih satu yang lain boleh tambah macam roti semua. Breakfast tepi swimming pool. Seronok!!

  • Gili Nanggu
  • Gili Kindo
  • Gili Lampu 
Setiap gili ada keistimewaan dia. So terpulang nak pilih yang mana. Ada gili yang fasiliti lengkap letrik, air semua. Ada secoet je tanah dia, jadila buat posing-posing ambil gambar. Haha.








Kitaorang snorkeling dekat semua gili. Tapi yang paling tak boleh blah dan memang tak boleh lupa dekat gili kindo ke lupa dah sebab dah tiga tahun lepas (hahaha)... punya syok snorkeling sampai tengah laut jugak la. Lepas tu bila nak balik sampai tempat yang cetek sikit ade binatang pe ntah dalam air tu nak kata gamat bukan. tapi rupa macam gamat. Panjang plus gelap. Kau rasa aku nak pijak pasir tu? memang tak la. Nasib bawak botol, botol tu la jadi penyelamat kitorang. Botol la yang kitorang letak kat pasir heret kitaorang sampai darat. Lepas tu gelak macam nak mampus dah. Hahaha.

yang guide kitorang ni tak tau la dia nampak ke tak yang kitorang buat. Lepas tu kitorang sambung gelak lagi. Redha. Hahaha

Seharian dekat tengah laut. Lepas tu kitorang pun pulanglah ke pangkal jalan. Dengan tak salin baju nya terus pergi check in hotel dekat mataram. Matilanak... hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...