Sebenarnya trip ni tahun 2016 punya. Hahaha. Sekarang baru rasa mood nak mengarang datang. Jadi kalau saja nak baca untuk habiskan masa lapang boleh la. Tapi kalau buat rujukan dikhuatiri maklumat tidak tepat seperti yang sekarang.
Biasa la dah berkurun dalam external ni.
So lets begin.
Trip ke Korea ni bersama family dan kita tak boleh expect everything terlalu ciput dan bajet terlalu rendah. Sebab everything we have to think our parents first.
Trip bermula dari 24-31 Mac 2016. Cost all in include flight ticket, makan, minum, transport, masuk semua tempat yang kitaorang sendiri nak masuk, luggage, seat is RM2700 seorang termasuk di Jeju.
Persiapan sebelum pergi.
Sebenarnya macam ralat sikit sebab persiapan yang kitorang buat lari sikit, sebab tak bajet la yang sampai jeju tu sejuknye kemain. Dah semak dengan weather forecast tengok suhu macam biasa-biasa. Jadi silapnya disitu, jangan percaya sangat. Kesian dekat parents kesejukan. Tapi takdelah tak bawak sangat winter jacket semua. Bawak cuma kalau ada thermal wear tu lagi cun.
Berbalik kepada persiapan. Apa yang kitaorang buat ialah:
- Sewe kereta dekat Jeju
- Dah sewe mestilah kena ada International License Driving (wajib)
- Rumah book dekat Airbnb (Jeju & Seoul)
- Guna kemudahan yang Korea Tourism beri (macam diskaun, kad (mcm tounch n go dia)
- Yang paling penting is tiket flight la. Takde tiket takyah berangan nak sampai
- Plus dengan semua maklumat tempat yang nak pergi. Jangan lupa tau.
Sewe kereta mesti dilakukan awal sebelum pergi secara online. Dapat diskaun berbaloi-baloi.
Ini International Driving Permit (IDP). Lupa dah nama dia, yang sebelah ni kereta sewa dia. Actually masa nak sewa mintak kereta sewa yang lagi besar Starex. Tapi sebab dekat IDP tu tak tanda kelas C, dapat je la carnival ni. But still okay la. Family selesa senang hati. Plus minta carseat baby sebab anak buah baru umur 4 tahun masa tu.
Untuk expenses, dah siap asing kan dah. Perbelanjaan dekat Jeju, airport tax, lebihan luggage, bajet makan untuk setiap hari, bayaran tiket nak masuk semua tourist spot yang berbayar, dekat Seoul sekali. Biasa la trip kalau sendiri dan tak ikut agen segalanya kau yang uruskan. Tinggal rajin tak rajin je. Macam dekat Jeju jimat bab makan luar sebab banyak masak jadi balance belanja makan dekat Jeju tu bawak ke Seoul. Mudah kan?? Hahaha
Lepas tu kami gunakan segala macam yang Korea Tourism bagi macam diskaun pass, Tmoney. banyak lagi la. Make sure before pergi cek betul betul.
Kalau rajin nak rasa sesat, penat, lapar sengal2 sendi boleh la cuba ye. Hehehe.
Owh cakap pasal makan, beg makanan bawah ni yang kitorang bawak. Ni untuk emak, ayak, aku dengan adik. Kakak aku dengan suami anak dia beg yang lain. Nampak tak?? hahaha
siap ada kerepek pisang ayah tau eksport dari Malaysia. Boleh tengok sendiri la isi apa dia kalau nak carik idea makan apa bila travel dengan family ni.
Rumah Airbnb
Untuk rumah pulak dekat Jeju amik rumah 3 bilik. Total untuk 3 malam RM1664.57 untuk 6 orang dewasa seorang kanak-kanak. Siap boleh masak, selesa and anak buah happy. Worth it.
Dekat Seoul, decide stay dekat Itaewon memandangkan dekat situ kawasan yang ramai muslim, barang halal pun senang dapat. Total untuk 4 malam RM1528.20. Rumah ok, tapi lagi suka yang dekat Jeju sebenarnya. Hahaha. Dekat Seoul jalan kaki je jadi lokasi rumah dari train tu agak jauh la sebab nak naik bukit mencanak dekat area masjid Itaewon. Siapa yang pernah pergi tau macam mana mencanak dia. Hahaha
So apa lagi. Let's Go!!
***xoxo***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan