Jumaat, 5 Januari 2018

Lombok. Indonesia. Part 3



Lombok, Indonesia. Part 3

Pagi-pagi dah bangun siap-siap sebab nak pergi sambung snorkeling lagi dekat gili yang lain. Dah deal dengan Fahri dan termasuk dalam pakej yang dia offer.

Sebelum check-out kita sarapan dulu. Not bad sarapan dia. Makanan berat boleh pilih satu yang lain boleh tambah macam roti semua. Breakfast tepi swimming pool. Seronok!!

  • Gili Nanggu
  • Gili Kindo
  • Gili Lampu 
Setiap gili ada keistimewaan dia. So terpulang nak pilih yang mana. Ada gili yang fasiliti lengkap letrik, air semua. Ada secoet je tanah dia, jadila buat posing-posing ambil gambar. Haha.








Kitaorang snorkeling dekat semua gili. Tapi yang paling tak boleh blah dan memang tak boleh lupa dekat gili kindo ke lupa dah sebab dah tiga tahun lepas (hahaha)... punya syok snorkeling sampai tengah laut jugak la. Lepas tu bila nak balik sampai tempat yang cetek sikit ade binatang pe ntah dalam air tu nak kata gamat bukan. tapi rupa macam gamat. Panjang plus gelap. Kau rasa aku nak pijak pasir tu? memang tak la. Nasib bawak botol, botol tu la jadi penyelamat kitorang. Botol la yang kitorang letak kat pasir heret kitaorang sampai darat. Lepas tu gelak macam nak mampus dah. Hahaha.

yang guide kitorang ni tak tau la dia nampak ke tak yang kitorang buat. Lepas tu kitorang sambung gelak lagi. Redha. Hahaha

Seharian dekat tengah laut. Lepas tu kitorang pun pulanglah ke pangkal jalan. Dengan tak salin baju nya terus pergi check in hotel dekat mataram. Matilanak... hahaha


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...