Rabu, 2 Mac 2016

Bali, Indonesia - Part 3

Hari Ke - 3


  • Dolphins Interactive
  • Uluwatu Sunset & Kecak dance
  • Dinner @ Jimbaran
Dolphin Interactive

Untuk aktiviti harini kami pilih nak amik pakej interactive with dolphin. Sebab apa? Simple. Sebab teringin. Nak pegang, nak peluk, nak kiss gitu. Hahahaha.

Macam mana cara dia?
Untuk dolphin aku serah kat Miss R untuk arrange and aku campur sikit-sikit je.

First kami akan usha website dia http://www.balidolphins.com/. Interaction for 45 minutes if not mistaken. Bagi kami worth it. Itu terpulang kepada pendapat masing-masing.

Second, emel dia tanya berkenaan pakej sebab dia ada masa yang tertentu. Kami amik sesi jam 12.00tghari terik matahari atas kepala. Ok Redha. Pakej dia USD 79 per person.

Dah deal dengan pihak sana bila dah sampai bali one day before sesi korang dia akan datang ke tempat korang menginap untuk collect duit. Esoknya just tinggal pergi siapkan diri peluk dolphin tu *eksaited!!






Nampak tak kecomelan dia. Mula-mula rasa macam tak percaya!! but guest what? one of my bucketlist check √ already!! Memang lambat gila nak move on. Rindunye....

Uluwatu Sunset & Kecak Dance

Lepas habis sesi dengan dolphin, kita bersiap-sedia nak pergi Uluwatu. Motif sebenar nak tengok sunset + nak tengok apa yang menarik dengan kecak dance. Aku tertipu!!! Bajet dekat kecak dance tu abam abam sado + hot. Tapi rupanya hampa belaka. Hahahaha. Lupe entrance fee berapa.

Kecak dance berkenaan penceritaan kisah mitos atau kepercayaan agama masyarakat tempatan. Ada monyet, ada puteri, kene serang, selamatkan and lastly happy endings. Itu je nak cakap.










Jimbaran.

Honestly tak tahu nak cakap apa sebab masa kami datang hari dah gelap so tak nampak la pantai dia. Hahahaha. Dinner dekat situ ada yang mahal, ada yang murah. Kena pandai carik. Kalau nasib baik dapat la yang murah, sedap dan berbaloi. Tapi kami just pesan nasi goreng biasa. Nampak? sebab duit dah habis peluk dolphin.

Sambung Part 4- aktivit menarik kitaorang buat. Watersport yang menjadi pilihan hati. till then..


XOXO


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...