Khamis, 10 Mac 2016

Lombok, Indonesia Part 1

Lombok, Indonesia Part 1.

Lombok ni orang kata tempat wajib pergi katanya. Lagi-lagi kalau ke Gili Trawangan, Gili Meno, Gili Air memang tempat wajib singgah.

Harga tiket Lombok kitaorang dapat memang berbaloi sebab masa tu kire ada AA buat sale jugak la. Return KL-Lombok RM215.

Sepatutnya trip ni bertiga. Tapi apakan daya kita hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan. Jadilah trip berdua.

Sebelum trip bersungguh la cari supir so that bila sampai sana takda la kitaorang melangut je macam orang tak betul. Cari punya cari jumpa la tour guide ni. Really recommended sebab apa? sebab rajin layan kitaorang tanya yang ntah pape. Tolong tangkapkan gambar. Lepas tu dia lucu... Dia cakap ade tone... nak tau macam mana? kalau korang amik dia korang tau la.. hahaha

Nah amik no.tel ni. Fahri - +62 818 0364 5714

Owh ye harga yang dia tawarkan juga berbaloi for two person iaitu Rp3.510.000 include:

  • Transport
  • private boat ke Gili's (return)
  • private boat ke Gili-gili yang lain
  • ticket tourism + parking


*********************************************************************************

Bermulalah perjalanan.

30 September 2015

Jam 8.40 pagi dah kena boarding. Pukul 6 pagi dah gerak dari rumah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku. Hahaha...

Safely landed 11.45 pagi. Tunggu Fahri datang amik.

Aktiviti pertama pertama kitaorang buat melawat segala nama pantai yang ada dekat Lombok. Pantai dia ada yang cantik ada yang biasa-biasa tapi bukan macam Port Dickson la. (sorry.. hehehe)

Pantai Selong Belanak, Pantai Mawun, Pantai Kuta

Certain tempat ada bayaran untuk masuk pantai ni dan untuk parking. Kalau tanya berapa sorry tak ingat sebab semua kan all include dengan tour guide. Hehehe. Pesen malas nak amik tau memang macam ni. Hahaha

Dekat sini boleh belajar surfing



Rehat sekejap untuk lunch sebab perut dah start berbunyi

Kuta, Lombok

Share untuk dua orang. Okay la sebab bajet.


Pantai Tanjung An

Pantai Tanjung An masa ni tengah surut. Dia ada buaian plus kalau nak ke tempat batu macam payung tu tak larat mak nakkk... hahahaha...

Disebabkan kitaorang pergi masa musim panas, kering kontang wane coklat tak cantik!! Hahahaha




Bukit Merese

Lepas turun bukit... Naik bukit lagi. Bukit Merese. Kalau rumput tu warna hijau memang lawa gila. Serius tak tipu. Tengah sedap naik ada pulak mat saleh ni baik bukit tu pakai motorcross. Sekejap je dia sampai dekat hujung bukit sana. Kitaorang? masih lagi tekedek-kedek sambil ketawa bila nak sampai. Hahaha...

Nah.. tiba-tiba ada monyet pulak dekat situ. Mat saleh tu dah kenapa bagi makan dekat monyet tu. Dahhh monyet tu dengan senang lenang main acah-acah dengan kitaorang. Kau rasa tenang ke nak amik gambar bila kau tahu monyet tu bila-bila masa je nak datang dekat kau??

Tepuk dada tanya hati. Kuat tak nak lari bila monyet datang?? Hahaha





Nah akak belanja satu gambar

Lepas tu Fahri siap tanya ada nak pergi mana-mana lagi tak?

Ada! kitaorang jawab. Balik hotel. Hahaha...

Kitaorang tidur semalam dekat sengigi, semalam dekat Gili Trawangan dan semalam dekat Mantaram. Sebab tidur dekat sengigi dekat dengan jeti nak ke Gili Trawangan.


Hotel Alam Mimpi. Enak sekali. Hahaha...

Dan berakhirlah trip hari pertama tanpa sesalan. Hahaha...

xoxo

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...