Jumaat, 22 April 2016

Lombok, Indonesia Part 2

Lombok, Indonesia Part 2.

Hai uolls. Lama menyepi sebab nak amik mood nak tulis melalut apa untuk part 2 ni. hahaha...

Okay perjalanan hari kedua diteruskan dengan pagi-pagi lagi dah bangun. Niat di hati macam nak terjun dekat kolam tu tapi apakan daya pagi ni nak terus pergi ke jeti ke Gili Trawanga, Gili Meno & Gili Air.

Bangun pagi siap-siap lepas tu pergi sarapan. Dalam jam 8.30 pagi supir datang amik bawak ke jeti. Tapi sebelum ke jeti sempat la menyinggah dekat Bukit Malimbu, lepas tu rumah hantu katanya. Kitaorang siap terus dengan baju bak pergi snorkeling. Maklumla tak sabar katanya. Hahaha.

Bukit Malimbu

Fee: Bayar tapi tak nampak supir bagi berapa dekat orang jaga situ.
Interesting: Pemandangan nampak laut biru. Nampak kan tak sabar dia.




Ghost House

Fee: FOC
Interesting: Design rumah dia lawa.

Actually bukan la rumah hantu sangat pun. Sebenarnya rumah ni orang luar dia nak buat dekat tepi laut ni. Piling semua dah siap tinggal nak touch-up sikit jadi rumah banglo yang tersergam indah tiba-tiba kerajaan tak bagi. So lastly kene stop tergendala la. Jadi tempat lepak, spray dinding tu biasa.




Jeti

Dekat jeti ni diaorang dah siap tunggu dah, maklumla kitaorang dah charter satu boat untuk dua orang apa lagi... mari kita ber hahahaha...

Kitaorang pilih snorkeling berbanding check in sebab check-in lambat dalam pukul 2. Jadi daripada tercongok dekat situ baiklah pergi snorkeling.

Disebabkan masa cuti tak panjang and semalaman je dekat Gili T, tak sempat nak usha pakej snorkeling dekat Gili T, dengar kata murah. Dia banyak pilihan jugak sama ada private atau tak kesah nak mingle dalam satu boat tu penuh mat saleh. Hahaha... biasa pakej tu diorang siap makan.



Destinasi snorkeling:
Gili Meno, Gili Air dan Gili Trawangan last sekali.

Air dia memang jernih + biru weh. Kau memang tergoda macam nampak laki hensem la perumpamaan aku. Aku tak tipu tau. Hahahaha.

Gili meno air dia tenang, tapi jadi tak tenang bila sekumpulan mat saleh datang ramai gile. Kitaorang pun tak kisah la sebab kata nak mingle around kan... Diaorang macam nak cepat. Carik pe ntah penyu kot. Kitaorang? rileks la masa panjang kot berenang la dengan senang lenang. Masa tengah snorkeling tu aku angkat kepala la sekejap tengok manusia yang ramai ni berenang ke sana ke sini. Lepas tu lagi sekali aku angkat kepala hilang dah manusia yang ramai tu. Siap dengan boat-boat sekali dah takde. Aku tak tau la nak cakap kitaorang yang slow ke atau memang terlampau slow. Hahahaha.




Gili air pun sama berenang-berenang tengok coral yang lawa. Ikan tiba-tiba time ni sorok ntah kemana pulak.




Dekat Gili Trawangan ni kitaorang akan ingat sampai bila-bila. Nak tau sebab apa?

1. Kitaorang punya la ikot guide ktorang ni kata dia ada penyu. Ak eksaited la jugak, tapi kau tau la penyu kan sekali dia kepak kaki dia bape jauh dia tinggalkan kita? Tapi guide tak putus asa ajak lagi kitaorang dia kata kat depan. Aku dah la penat mendayung ni.

2. Nak jadi cerita dia bawak la kitaorang sampai dekat area banyak kapal parking boat tu. Kawasan tu macam tempat selisih Gili T dengan Gili Air. Kebelakang  la kitaorang dibawak arus. Jangan tatau guide tu dah sampai boat. Habis kitaorang?

3. Dia undur sikit boat campak tali kat aku. Aku kene pegang tali tu lepas tu dia bawak slow nak kuarkan dari arus tu. Boleh sangat weh... air lau dengan air dari enjin dia tu aku dah tercungap2. Ahhh sudah takkan nak jadi tragedi macam dekat Bali, Pulau Tioman bagai tu. Sia-sia weh. Hahahaha. Akupun apa lagi tarik la tali tu sikit-sikit macam acara tarik tali pun ade jugak. Mesti la at the end kitaorang menang sebab sampai dekat boat tu. Tapi nafas tinggal separuh la weh. Naik boat aku dengan Miss R gelak macam nak mati dah sebab pikir balik macam tak penah dibuat orang.  Boat tarik kau pakai tali. Ade akal? Nasib la dekat tepi pantai tu takde abam sado tengah lepak. Kalau tak malu weh... Hahahaha.




Nasib la aku tak pegang kamere. Kang mana nak pegang kamere, aku lagi, dah lupakan je. Hahaha...

Lepas penat lawan dengan ombak, kitaorang pun surrender la. Walaupun charter satu buat sebenarnya boleh sampai lewat petang bila tak larat dengan kehausan aku cakap. 'Takpe la pak kami mau pulang' hahahaha.

Time to check in dekat Les Villa Ottalia

Villa yang dah lama kitaorang sabar nak sampai. Hahahaha... sebab ada private pool sendiri. Sebab plan tiga orang. Tapi member lagi satu tak dapat pergi redha la. Ingt nak mintak tukar bilik utk dua orang tapi full. Takde rezeki. So enjoy la pemandangan villa ni. Hehehe...

Honeymoon nak datang sini lagi.





Nak kuar makan pun tak larat order room service. Bantai la...

Dalam pukul 5 ptg kitaorang siap2 nak pergi tengok sunset. Katanya kalau tak tengok sunset tak sah datang Gili T ni.

Villa ni masa book kitaorang mintak basikal sekali. Jadi jom FIT hahaha.. kayuh la selagi mampu. Lupa nak bagi tau dekat Gili ni hanya basikal dan kuda (lupa nama timangan dia) je dibenarkan.

Pergi receptionist mintak peta gili. Mintak tunjuk jalan pergi tengok sunset dengan makan dekat market. Hehehe



Puas merenung sunset moh la kita pergi makan. Perut bagi isyarat mintak isi.

Ni la rupa market dia.

Satu set kalau tak silap 12,000Rp sekali nasi dengan sayur dengan pilihan ayam, sotong, ikan bakar korang yang dia dah marinate.

Lagi satu ni nak pesan, dekat sini pun takyah acah-acah nak extra sambal sebab nak pedas. Kalau dah rasa baru ada akal pedas dia tahap dewa. Baru rasa dekat lidah air mata kau dah meleleh.

Apa lagi jus tembikai la jadi mangsa. Hahahaha. Nasib sedap manis gitu. boleh la melegekan bibir aku ni. Hahaha... Nasib la perut time ni kuat kalau tak tercirit weh. Dah la dekat lombok pun kene jugak semalam. Hahaha...






Dah kenyang suka hati, jalan-jalan lagi sampai la dekat villa. Mandi kolam . Tidur.

Esok nak sambung jalan, nak check out.

Selamat tinggal villa. Sampai kita ketemu lagi!

xoxo

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...