Memaparkan catatan dengan label Chiang Mai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chiang Mai. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mac 2016

Chiang Mai, Thailand Part 3

Chiang Mai, Thailand Part 3

Pagi-pagi lagi dah bangun sebab eksaited untuk harini. Mari kita bergajah seharian. Hehehe

Untuk trip ni kitaorang amik ground pakej. Sebab all in. Price tak ingat sangat. Ampun ya.

Elephant Camp

Ni je last naik gajah. Lepas tu tak naik dah sebab orang kata kita macam seksa gajah. Maklum la muatan terlebih. Hahahaha. Mula-mula sampai dia akan bawak kita pergi tengok show gajah. Lepas tu tengokla gajah lukis serius lagi cantik dari aku lukis. Hahaha... Macam biasa ramai tourist dari negara China, semua macam berpusu-pusu tangkap gamba gajah tu lukis la bagi makan la... kadang-kadang sampai aku rasa takde gajah agaknye kat sane. Hahaha

Tapi bila fikir balik, lain orang lain ragam... mungkin aku pun dulu masa muda-muda batak jugak. Takpe la maafkan je dan bersangka baik. Hahaha...



Lepas tengok elephat show, kita boleh beli makan bagi makan dekat gajah. Aku tengok gajah ni selamba je telah buah kelapa tu. Like buah sebijik tu... Telan air liur aku. Kalau dia kunyah tangan aku rasanya dah takde harapan nak bercantum balik. hahaha

Lepas tu kita naik lembu dia bawak dekat tempat gajah. Aku sebenarnya macam kesian jugak dekat lembu ye la.. aku paham sebab aku bukan ringan mana. campo semua atas badan dia lagi. Nak naik bukit lagi... nak je aku turun tolong tolak sekali... hahahaha... serius weh...


Dah puas naik lembu naik gajah pulak. Lepas ni aku tak naik dah lembu dengan gajah ni kecuali kalau dia yang offer... - Kau ingat tarzan ke zah??!!



Lepas tu lunch... part ni paling kelakar sebab kitaorang amik roti dengan sayur je sebab ye la was-was kan. Lepas tu datang la tour guide tu dekat kitaorang tanya kenapa tak makan? Aku tanya la halal ke? Dia kata yes yes.. sampai tunjukkan la logo halal tu dekat kitaorang. Apa lagi tanpa berlengah masa kaut mana yang boleh macam orang tak makan pulak ghupanya aku tengok. - Buruk kan?? Maklumla sebab nya trip semalam kitaorang vege + makan ikan.. kenyang sangat tu... hahahaha

Dah kenyang siap tapau roti dengan ayam drumstik lagi marilah kita berhuhuhu dekat sungai... perahu buluh gitu....



Aku pasrah je naik bende ni. Ada gaya macam nak terbalik pun aku buat buat kental weh. Gila kau basah tak ke nyaye aku...

Dah habis lawatan ni... balik GH... pakej yang aku amik ni include transport dan makan.

xoxo

Chiang Mai, Thailand Part 2

Chiang Mai, Thailand Part 2

Untuk hari kedua, kitaorang pilih aktiviti melawat kawasan tinggi. Serius macam tak ingat sangat sebab trip ni kitaorang main redah je. Hehehe...

Tengok gambar je la ek.





Chiang Mai, Thailand Part 1


Chiang Mai, Thailand Part 1

Setiap orang ada tempat yang teringin sangat nak pergi sebab tempat tu ada keunikan yang tersendiri. Macam aku tempat yang teringin sangat nak pergi tahun 2015 is Chiang Mai sebab apa? sebab aku pegang nak rasa nak kiss harimau. Kalau kiss memang aku tak balik dah Malaysia ni. Hahaha...

Plan ni memang agak last minit sebab ada perubahan tarikh atas sebab-sebab tertentu. Mula tu macam frust sebab macam nak cancel tapi sebab teringin + member pon okay trip tetap diteruskan cma kena tahan sikit la kene bebel dengan parents sebab asyik merayap. Hehehehe.

Trip ni cover Chiang Mai je sebab mula-mula nak lajak ke Chiang Rai nak tengok + rasa sendiri bunga matahari tu. Tak boleh jalan sebab masa tak cukup. Ok STOP membebel.

Teruskan pada agenda. Trip ni pada 6-9 Februari 2015. Orang yang paham je tau kenapa aku tak cukup masa. Sebab tu tak perlu nak tulis sebab nanti makan diri sendiri --> tengok dah bagi hint dah. Disebabkan flight jam 6.45 pagi. So jam 5.00 pagi dah siap macam biasa adik aku kene kerah hantar aku pergi airport. Hahahaha....

Sampai air grab lite breakfast terus boarding. Sementara dalam flight tu boleh la lena kan diri sebab penat drive semalam tak habis lagi.

Sampai dekat Chiang Mai waktu 9 pagi waktu Malaysia, Thailand lambat satu jam, suhu ala-ala sejuk-sejuk manja gitu. Jadi masa kami sampai kedai baru nak bukak, orang Thailand dalam perjalanan nak ke pejabat. Disebabkan tak boleh check in lagi, so kami tumpang je letak bag dekat Guest House (GH) sebelum continue misi.

1st sekali kami carik pakej trip ke tempat yang nak dituju. Of course nak pergi ke Tiger Kingdom. Sebab harimau. Aku geram tengok harimau sebab dia kan spesis dari keluarga kucing jadi aku anggap dia kucing selagi dia tak makan aku. Hahaha...

Tiger Kingdom

Perjalanan ke Tiger Kingdom ambil masa dekat sejam sebabnya dari aku sedar-tidur-bangun-tidur tak sampai lagi. Dah lain naik Tuk-Tuk... korang boleh bayangkan sendiri... (cuba la) hahahaha...



Dekat tiger kingdom dia ada pakej (harimau boleh buat bisnis kencang)
1. New Born @ Baby tiger 700 - 1000THB - (anak harimau ala-ala anak kucing) yang ni kau akan duduk boleh main dengan anak kucing ni sambil bagi dia minum susu gitu. Tapi aku tak amik pakej ni mahal naw nak pergi mana kan?? hahaha kalau tak silap. Tapi untuk new born kalau cek dekat website dia buat masa ni takde. Mungkin sebab rimau tu semua dah besa dah. hehehe

2. Small tiger 500THB - anak harimau umur dalam 3-4 tahun

3 Medium tiger 500THB - ala-ala remaja mungkin sekitar 8-9 tahun

4. Big 600THB- yang ni dah dewasa mungkin dah jadi mak @ bapak anak rimau yang lain. hahaha

Dia ada pakej sebab tengok macam berbaloi kitaorang decide pilih small tiger dengan Medium tiger. 900THB. Kalau amik asing jadi 1100THB. Jadi abaikan kalau korang nak convert ke RM... nak tahu dengan lebih lanjut boleh la usha web diorang http://www.tigerkingdom.com/price-chiang-mai/

Dah puas peluk tangkap gambar semua maka say bye-bye to all tiger

Balik tu naik la tuk-tuk.... ingat nak dia terus hantar ke GH tapi terserempak pulak dengan Art in Paradise Chiang Mai. Kira macam muzium 3D la.













Kan aku kata harimau ni comel selagi mana dia tak makan aku... tengok comel kan?? kan kan kan?? Hahahaha...

Art in Paradise Chiang Mai

Bayaran masuk:
Dewasa - 300THB
Kanak-kanak - 200THB

Tempat dia luas jadi bermacam jenis lukisan ade dekat situ.




 Dah penat posing baring semua bagai. Carik tuk tuk balik GH... Fuh...

Esok pikir nak buat aktiviti apa pulak.

xoxo




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...